Jakarta – Aksi seorang pengantin perempuan yang leka bermain telefon bimbit sebelum upacara akad nikah dikecam netizen kerana kelakuannya dianggap tidak sopan, lapor laman Berita Hits.
Berdasarkan sebuah klip video yang tular, pengantin tersebut dilihat leka bermain telefon bimbit ketika duduk di sebelah pengantin lelaki dan jurunikah. Acara akad nikah itu disiarkan secara langsung menerusi fungsi live di TikTok. Pengantin perempuan yang berpakaian mengikut adat Sunda tersebut dilihat membuat panggilan video dan suaranya didengari agak kuat. Dalam masa sama, pengantin lelaki dilihat menandatangani dokumen nikah serta bersiap sedia untuk akad nikah.
Tidak lama selepas itu, seseorang dilihat cuba mengambil telefon bimbit wanita berkenaan namun dia tetap memegang peranti itu sebelum badannya dicuit oleh pengantin lelaki. Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen. “Bernikah bukan perkara yang boleh dibuat main,” kata seorang netizen. “Ceraikan sahaja terus, cari sahaja yang lain,” ujarnya. –CARI Sumber: Kosmo
|
P.E.K.K.A replied at 30-3-2022 09:38 AM
Friska kah iteww??
AbukRokok replied at 30-3-2022 09:31 AM
malamnya pun mcm tu kot
suami sdg berhempas pulas mebajak sawah
dia selamba sdg balas komen atau mai ...
Artemesiaa replied at 30-3-2022 01:28 PM
Tak sedia nak kawin atau dipaksa kawin mungkin sebab tu buat perangai time tu
ADVERTISEMENT