CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dulu Dihina, Sekarang Ramai Lelaki Dan Kawan Nak Datang Dekat Sebab Wani Kayrie Banyak Duit

30-3-2022 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1470| Komen: 4

Wani Kayrie mengakui sering didekati lelaki untuk berkawan dengannya kerana wang selain untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Malah, Wani, 22, turut berkata disebabkan rezeki melimpah-ruah yang diperoleh hari ini, bekas kekasih yang pernah menyakiti dan meninggalkannya suatu ketika dahulu turut cuma untuk kembali mendekatinya.

Foto: IG

“Saya akui sekarang hidup saya masih solo tanpa kekasih. Bukan tidak ada yang cuba mendekati (lelaki), tapi mereka lebih kepada untuk mengambil kesempatan sebab saya berwang.

“Malah ada juga yang pernah menyakiti hati saya suatu ketika dahulu cuba untuk kembali,” ujarnya.




Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Syazwani Abdullah itu mengambil pendekatan untuk tidak cepat membuka pintu hati kerana mahu berhati-hati supaya pengalaman lama tidak berulang lagi.

Wani tahu niat seseorang itu berkawan dengannya kerana mahu mengambil kesempatan dan tidak akan membiarkan mereka berbuat sebegitu.



“Saya tidak akan berkawan dengan seseorang yang ingin berkawan dengan saya disebabkan apa yang saya ada.

“Bila saya tiada apa-apa dahulu, mereka semua tidak mahu berkawan dengan saya dan menjauhkan diri. kini bila kehidupan saya semakin selesa, ramai pula yang ingin mendekati,” ujarnya.

Ujar bekas juara pertandingan Kamilah Bintang 2010 itu lagi, dia bekerja keras pada hari ini bukan semata-mata untuk diri sendiri dan juga keluarga, tapi juga untuk membuktikan bahawa dia mampu untuk berjaya.



“Saya mahu buka mata orang-orang yang pernah memandang rendah pada saya suatu ketika dahulu.

“Malah ada juga rakan-rakan rapat sendiri pernah memperlekehkan saya dan berkata bahawa saya tidak akan berjaya sampai bila-bila.

“Saya ambil kritikan itu dan buktikan bahawa saya bukan main-main untuk menjadi artis. Saya tidak ada niat untuk riak, cuma mahu membuktikan pada orang yang pernah memandang rendah pada saya,” katanya.

Wani yang ditemui ketika program Ramadan Astro baru-baru ini juga bersyukur apabila dilantik sebagai salah seorang Duta Ramadan Raya Astro bersama beberapa barisan selebriti lain.



“Alhamdulillah saya bersyukur menjadi Duta Ramadan Raya Astro. tidak sangka sebenarnya. Nama saya masih kecil untuk dibandingkan dengan artis-artis lain.

“Difahamkan saya dipilih atas dasar kejayaan saya dalam bidang akademik. Saya anggap ini adalah rezeki saya,” ujarnya.

Sekadar info, Wani yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Undang-Undang dan Perdagangan di salah sebuah universiti swasta ada berkongsi telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan semester baru-baru inj

Sekitar Januari lalu, Wani turut berkongsi kejayaan apabila akhirnya berjaya membeli sebuah kereta idaman iaitu Mercedes-Benz CLA180 bernilai RM192,000. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adelea 30-3-2022 05:29 PM
Biasa la dek non ...
Duit byk abang sayang
Duit tak dak abg pon melayang
Quote Mary_jane 30-3-2022 07:06 PM
Mentang2 member baru angkat Merc. Teringat plak tok alif sebut mercidis kat Arena Panggang hari tu. Dok ulang2 mercidis.
Quote dua_chzy 30-3-2022 07:10 PM
Video Wani paling memorable adalah video sheol jadik leader choral speaking tu. Kiut ja.
Quote rayna_raynes 30-3-2022 10:09 PM
Dia nak kata kat Afieq Shazwan ka?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.032739 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top