CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aisar Khaled Bangga Beli Kondo RM1 Juta Tengah KL Di Usia 22 Tahun

30-3-2022 08:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5126| Komen: 47

Aisar Khaled meluahkan rasa syukur dan terharu apabila impiannya untuk memiliki rumah sendiri di usia 22 tahun akhirnya tercapai.

Menurut Aisar, kediaman jenis kondominium mewah berharga RM1 juta itu terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.


Foto: IG

"Syukur Alhamdulillah rezeki saya miliki rumah ini, perasaan sangat gembira dan terharu sebab tak sangka dapat beli sebuah rumah di usia yang masih muda.

"Awalnya tak jangka pun nak beli rumah ini tapi tiba-tiba terdetik di hati nak miliki rumah. Kalau saya tak duduk pun boleh dibuat pelaburan.


"Sejujurnya saya bangga dengan diri sendiri sebab selepas melalui pelbagai cabaran termasuklah mencari rezeki di usia 17 tahun akhirnya ini hasil yang saya miliki.

"Saya bermula dengan seronok-seronok main Instagram, kemudian berlakon dan kini buat bisnes. Saya anggap semua ini adalah rezeki dari Allah untuk saya dan keluarga," katanya kepada mStar.



Sebelum itu menerusi Instagram, Aisar berkongsi video dan foto ketika dia meninjau rumah yang baru dibeli itu.

Rata-rata pengikut meninggalkan komen positif dan meminta pelakon filem Gila Gusti ini berkongsi tip dan nasihat untuk berjaya di usia muda.



"Nasihat saya kepada semua, jangan pernah berputus asa, sentiasa meneroka dan jangan takut cuba benda baharu. Jangan pernah rasa selesa dengan apa kita ada, di usia muda inilah kita kena usaha lebih sikit.

"Buat macam-macam kerja, sentiasa berjumpa dengan ramai orang untuk kongsi ilmu dan pandangan. Jangan hanya duduk tanpa berusaha.

"Tapi paling penting kena pandai tentang pengurusan wang, semasa muda inilah kita cari duit banyak-banyak dan kerja keras. Teruskan menyimpan, jangan boros beli benda tak sepatutnya dan tak salah kalau cuba melabur di tempat yang betul," ujarnya.



Berkongsi mengenai perniagaan yang diusahakan, Aisar memberitahu dia membuka syarikat berasaskan pelaburan, baru-baru itu.

"Ini perniagaan saya sendiri. Tujuan saya jalankan bisnes ini untuk bantu anak muda berjaya dan miliki harta di usia muda.



"Tak ada masalah kalau sertai bidang pelaburan ini, yang penting kena ada ilmu. Walau apa pun pekerjaan kita buat, kunci utamanya kena rajin dan jangan cepat putus asa.

"Setiap pekerjaan ada risiko tapi insyaAllah kalau kita ada semangat pasti ada hasil. Jangan takut berdepan risiko, itulah yang akan mematangkan dan menguatkan kita untuk terus berjaya," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 30-3-2022 08:16 AM
Syarikat berdasarkan pelaburan ? Hmmmmmmmmmmmmm
Quote Kepot 30-3-2022 08:19 AM
So byk duit sbb melabur ke apa?
Quote mojarean_X 30-3-2022 08:19 AM
Facing KLCC x?
Quote 3chanceno 30-3-2022 08:22 AM
Background Klcc x? Sapo yg bela dak nie?

@Normabaru
@dudaberhias
Quote KamikuP 30-3-2022 08:58 AM
1m kondo beso mana je cuolls  kat KL tu noks...Ntah2 beso reban ayam Diba eh eh jahh
Quote she 30-3-2022 09:00 AM
Murah bangetttt - Indra Kenz

Quote she 30-3-2022 09:00 AM
Ingatkan beli OneKL
Quote GegarVaganja 30-3-2022 09:06 AM
Sebab tu dia tak kesah buat benda bodoh.
Janji dapat beli kondo. Korang yang kecam dia hado?

Quote bellaa 30-3-2022 09:07 AM
huntong lah mentang retis dpt arh publisiti.

iols hari2 duk menghadap klcc , kl tower , trx bagai
tak da pon media nak limelight iols #sedardiri
Quote Suchi 30-3-2022 09:11 AM
Duit satu juta baik beli umah banglo dengan halaman yg luas nak matey tu.
Dah jumpa dah ada yg nak jual. Depan surau lak tu tp tula rega sejuta lebih.

Tp biasalah retis dorang mmg suka umah kondo mahal2 kot.
Quote SherryZass 30-3-2022 09:15 AM
dia ni lagi??? Next..
Quote AshkieLa 30-3-2022 09:17 AM
Edited by AshkieLa at 30-3-2022 09:54 AM

dalam benang pasal masjid vs konsert bibir tu..
ade forumer cakap heols ni menyewa je... mungkin content punya pasal kata beli. dia ni kan suka perasan good2...
mohon csi dan kantoikan mamat ni kalau betul...  


Quote Prickford 30-3-2022 09:21 AM
KamikuP replied at 30-3-2022 08:58 AM
1m kondo beso mana je cuolls  kat KL tu noks...Ntah2 beso reban ayam Diba eh eh jahh

Yang RM700K pon sekangkang kera. Cuolls bayangkan la kalau 1M tu. Standard besar Flat PKNS Keramat tu jurrr...

Quote newyork 30-3-2022 09:34 AM
1 juta kl mcm studio ja. Takpalah ko dok sorang ja kan..
Quote AbukRokok 30-3-2022 09:34 AM
saya ingin membantu anda kaya spt saya
kerana andalah punca kekayaan saya
Quote totokreturn. 30-3-2022 09:37 AM
forex trading?
Quote nawtylulu 30-3-2022 09:38 AM
Pelaburan apa la heols buat tu yeee umo 22 da bli kondo 1M
Quote chekacheku 30-3-2022 09:42 AM
Bau ikan la budak ni..mana dtg ni..
Quote awex^returns 30-3-2022 09:47 AM
keje apa dia ni ke kondo pinjam je nak buat content

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.078857 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top