CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Shefali Jeriwala Terpaksa Berundur Dari Industri Hiburan Sebab Kena Sawan Babi

29-3-2022 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1882| Komen: 6

Pelakon cantik, Shefali Jeriwala terpaksa mengambil keputusan untuk berundur seketika dari industri hiburan Bollywood disebabkan masalah kesihatan.

Dalam satu temu bual bersama media India, selebriti berusia 39 tahun itu mengaku terpaksa membuat keputusan berat tersebut selepas disahkan menghidap epilepsi atau sawan babi.


Kredit foto: IG Shefali

Pelakon yang memulakan kerjaya seni menerusi kemunculan sebagai model video muzik Kaanta Laga pada 2002 itu berkata, penyakit sawan babi tersebut mengganggu fokusnya ketika bekerja sehingga menyusahkan orang lain.

“Saya boleh diserang sawan babi pada bila-bila masa sahaja.


“Jadi saya ambil keputusan untuk berhenti seketika daripada dunia seni,” katanya.

Shefali mula mengalami masalah tersebut sejak dari bangku sekolah iaitu sekitar usianya 15 tahun lagi.


Kredit foto: IG Shefali

“Ketika saya diserang sawan babi, seluruh anggota badan saya akan menjadi kejang.

“Tapi sejak akhir-akhir ini saya sudah jarang diserang sawan. Nampaknya seperti saya sudah boleh kembali bekerja tidak lama lagi,” ujarnya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 29-3-2022 09:22 PM
Kesiannya.. sama nasib dgn camila coelho.. rsnya org ada sakit ni kena sentiasa mkn ubat kn
Quote Normabaru 29-3-2022 10:45 PM
Lawanya mata dia..and of course lagi lawa Dr makembong
Quote borrow 30-3-2022 09:09 AM
Kwn sekelas ada sakit ni. If diserang weols tutup kipas. Coz tak vley kena angin sgt kowt (tak brp igt). Ada sekali kena serang sampai 3 kali. Sedikit sebanyak ragut keyakinan diri la. Mmg kesian.
Quote nanies 30-3-2022 09:48 AM
kesian. muka lawa dah. takpe la, ujian org berbeza2
Quote awenda507 30-3-2022 11:40 AM
moga cpt la sht mcm org normal yg lain ya
Quote zehra2 4-4-2022 10:48 PM
student aku ada camni. kalo terkena kat sekolah sampai terkencing2.. abis baju sekolah dia.
tp dia ada sepupu sama sekolah. dia org bg dia gigit kunci.. n picit ketiak dia.. cepat sedar balik dari menggelupur.. tp tu ler.. skirt dah kotor..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.043764 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top