CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sakit Hati Tapi Suami Reda Lacurkan Isteri Kerana Desakan Hidup

29-3-2022 03:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1827| Komen: 6

Seorang suami tergamak menjadikan isterinya sebagai pelacur disebabkan desakan hidup. 

Lapor Kompas.com, Polis Serang mendedahkan kegiatan suspek, AR, 28, yang didakwa atas kesalahan pemerdagangan manusia. 

Katanya, suspek mampu meraih pendapatan 10 juta rupiah (RM2,900) sebulan hasil aktiviti tidak bermoral itu.  


Polis Serang mengadakan sidang akhbar mengenai lelaki yang didakwa atas kesalahan pemerdagangan manusia kerana melacurkan isterinya.-KOMPAS.COM

Jelasnya, AR memaklumkan dia tidak pernah memaksa isterinya untuk melayan lelaki lain dan semuanya dibuat atas kerelaan wanita itu. 


Sebagai suami, AR mengaku berasa sakit hati setiap kali melihat isterinya bersetubuh dengan lelaki lain. 

Namun, katanya, dia perlu reda demi meneruskan kehidupan harian dan membesarkan pasangan anak kembar perempuan berusia enam tahun. 

AR menjelaskan sebagai pengemudi ojek (teksi motosikal) dalam talian, pendapatannya tidak mencukupi untuk menampung kehidupan. 

“Sebagai lelaki normal, sudah tentu berasa sakit hati melihat isteri bersetubuh dengan lelaki lain. Tetapi itu adalah kemahuan isteri saya sendiri sejak lima bulan lalu,” katanya. 

Dalam pada itu, isteri AR mengaku bekerja sebagai pemuas nafsu lelaki hidung belang tanpa sebarang paksaan. 

Katanya, disebabkan tuntutan ekonomi dan faktor kehidupan, dia tidak mempunyai pilihan lain mendapatkan sumber rezeki. 

“Suami dan kedua-dua anak saya akan bersembunyi di bilik lain ketika saya sedang melayan pelanggan,” katanya.  


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 29-3-2022 03:49 PM
Baka friskies ni
...
Quote angelofish 29-3-2022 03:53 PM
kenape tak lacur kan diri sendiri
Quote anony-mous 29-3-2022 03:58 PM
Mula2 bini lepas tu mesti ank2 tu pulak. Sbb jenis xkisah maruah.
Quote Firenzza 29-3-2022 04:30 PM
Datuk dr mashitah tersenyum sinis
Quote Artemesiaa 29-3-2022 05:25 PM
Tak layak jadi suami kalau dah sampai macam tu
Quote pasa 29-3-2022 05:35 PM
Firenzza replied at 29-3-2022 04:30 PM
Datuk dr mashitah tersenyum sinis

ummah altar berapi mengucap syukur.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.039062 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top