CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut Rempuh Aligator 3 Meter

29-3-2022 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1750| Komen: 9

Seorang lelaki terbabit dalam kemalangan dilaporkan meninggal dunia selepas keretanya merempuh seekor buaya jenis aligator sepanjang 3.35 meter di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS), lapor laman berita Wion News kelmarin.


Kemalangan berlaku selepas tengah malam pada Khamis lalu, demikian kenyataan Pejabat Syerif Daerah Hillsborough.


Kredit foto: New York Post

Mangsa iaitu John Hopkins, 59, sedang menuju ke arah timur ketika melalui County Road 672 di Lithia apabila dia secara tidak sengaja melanggar seekor aligator di tengah jalan.

Pelanggaran itu menyebabkan kenderaan mangsa terbabas dan jatuh ke dalam sebuah parit. Seorang pemandu yang kebetulan melalui jalan sama menyedari kemalangan tersebut lalu menghubungi polis, kata pejabat syerif. 


Apabila anggota-anggota tiba di lokasi kejadian, Hopkins bersama buaya itu disahkan sudah mati. 


Kredit foto: CNN

Florida dan Louisiana mempunyai populasi aligator terbesar di Amerika Syarikat. Di Florida sahaja, terdapat kira-kira 1.3 juta aligator liar terdapat, demikian menurut Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida.

Seorang wakil Pejabat Syerif Daerah Hillsborough memberitahu stesen penyiaran CNN bahawa kemalangan kereta melibatkan aligator jarang berlaku.


Gambar hiasan
Kredit foto: New York Post

Siasatan kemalangan maut akan dijalankan oleh pejabat syerif untuk menentukan punca kemalangan.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 29-3-2022 04:09 PM
kalau kat msia, lembu, kerbau, babi yang berkeliaran..
Quote Skuau 29-3-2022 04:12 PM
kucingitam replied at 29-3-2022 04:09 PM
kalau kat msia, lembu, kerbau, babi yang berkeliaran..

.....lembu,kerbau,babi dan jugok...PATI.
Quote Artemesiaa 29-3-2022 05:28 PM
Malam pandu laju mana sempat nak elak.  Jika elak pun boleh mengakibatkan kemalangan juga jika ada kenderaan lain berdekatan.
Quote monreyes 29-3-2022 05:41 PM
suster ngesot...

Quote kakikuDibibirmu 29-3-2022 05:42 PM
monreyes replied at 29-3-2022 05:41 PM
suster ngesot...

Wah, kah, kah, kah! Tak pasti nak ketawa ke nak gelak





Ikan ketawa:



Skype laughter chain:

[youtube]p32OC97aNqc[/youtube]
Quote monreyes 29-3-2022 05:49 PM
dia pandang2 mintak dukung tu...
Quote exclusive_vvip 29-3-2022 05:55 PM
kat Florida ni la kan yg ada kes buka2 pintu nampak alligator depan pintu rumah
Quote Jitu 30-3-2022 12:57 AM
aku baru langgar biawak besar semalam sbb tak sempat nak elak
keras betul badan biawak tu takde kesan langsung pun
Quote Tinot7 30-3-2022 01:10 AM
takziah kpd keluarga...

baper besaq boya tuh?

[youtube]FWS5xfIaoeA[/youtube]

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.058211 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top