Sebelum ini, syarikat kenderaan Perodua mengumumkan mahu menyertai dunia kereta elektrik dengan harga kompetitif dan mereka juga menjangkakan 15 peratus kenderaan dijual pada tahun 2030 adalah kenderaan elektrik. Petikan dari Amanz, Proton mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan memasuki dunia kenderaan elektrik pada tahun 2027, tetapi tidak memberitahu perancangan penuh untuk kenderaan elektrik Proton buat masa sekarang. Difahamkan, pihak dari Proton Edar mendakwa, syarikat itu akan mula menjual kenderaan pintar di Malaysia tidak lama lagi hasil kerjasama dengan pihak kenderaan Geely. Tambahan pula, pelbagai pihak telah mula melaksanakan pengenalan lokasi pengecasan kenderaan yang akan diperkenalkan apabila kereta eletrik dari Proton mula dijual kepada orang ramai. Malahan, Proton juga sedang dalam projek kenderaan lain seperti kereta swapandu dan kereta terbang. - CARI
|
mojarean_X replied at 29-3-2022 03:05 PM
Improve dulu after sales service esp X70
ADVERTISEMENT