Pelakon dan pengaca popular Mira Filzah menyatakan hasratnya ingin merasa sendiri pengalaman bersalin secara normal, namun Mira akur sekiranya terpaksa melalui proses pembedahan. Mra dijangka akan bersalin pada awal bulan Mei dan akan berpantang di rumah ibunya. Kata Mira, dia akan lengkap trimester ketiga pada pertengahan bulan April, namun dijangka akan bersalin pada awal bulan Mei. Mira berkata demikian ketika dia dan suaminya, Wan Emir Astar ditemui OhBulan! paca Majlis Malam Women of Excellence Awards 2021/22 baru-baru ini. Mira dan suaminya juga bersepakat untuk berkongsi jantina dan nama anak kepada semua peminat selepas bersalin. Majlis baby shower juga tidak diadakan kerana Mira hanya membuat majlis kecil-kecilan bersama ahli keluarga dan kenalan rapatnya. Untuk pengetahuan semua, Mira dan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September tahun lalu. - CARI
|
lattehazelnut replied at 29-3-2022 01:49 PM
Ye lah semoga dipermudahkan..
Korg kutuk2 kaw2 dia asik buat video lepas kawin haritu.. tgk da insaf ...
ADVERTISEMENT