Insiden aktor antarabangsa Will Smith menampar rakan seindustri, Chris Rock di atas pentas Academy Awards susulan mengejek masalah keguguran rambut Jada Pinkett hari ini mendapat reaksi ramai.
Turut menyuarakan pendapat mengenai situasi mengejutkan itu ialah aktres terkenal, Diana Danielle berpandangan masalah kesihatan yang dilalui Jada tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan seperti dilakukan Chris. “Isteri dia mengalami Alopecia Areata. Kondisi yang membuatkan dia kehilangan rambut dan itu ialah penyakit Autoimun. “Will pasti memahami kesukaran yang dilalui Jada. Tidak baik menjadikan penyakitnya sebagai satu bentuk gurauan,” kata pelakon filem Histeria tersebut menerusi InstaStorynya hari ini.
Tambah isteri kepada aktor, Farid Kamil itu, anugerah berprestij antarabangsa seperti Oscars juga tidak boleh digunakan sebagai platform untuk mengejek mahupun bergurau tentang kekurangan orang lain. “Anda di atas pentas Oscars, untuk meraikan kejayaan individu dalam industri. “Dia sepatutnya menyebarkan kesedaran mengenai penyakit tersebut tetapi memilih untuk merendah-rendahkannya,” katanya lagi. Hari ini, Chris atau nama sebenarnya, Christopher Julius Rock berjenaka tentang Jada yang disifatkan berpotensi berlakon dalam filem G.I. Jane disebabkan kepala botaknya sesuai dengan watak utama filem berkenaan namun jenaka tersebut membuatkan Will naik angin. Will yang tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem King Richard naik ke atas pentas dan menampar Chris kerana tidak berpuas hati dengan mulut celoparnya. Disebabkan insiden tidak dijangka tersebut, siaran langsung Academy Awards yang dipancarkan menerusi saluran Showcase Movies (Astro 413) tergendala seketika di Malaysia. -CARI Sumber:Kosmo
|
nakkomenjugak replied at 28-3-2022 06:56 PM
Bila tengok balik, will sebenarnya gelak dengan lawak si chris.
Tapi bila jada pandang heol semacam, ...
supernaturalee replied at 28-3-2022 07:13 PM
kalau tak sebab kena penampar ni, iol tak tahu pun ada grammy haha"
It's the Oscars dear
gucci_advocate replied at 28-3-2022 09:26 PM
Apapun, Chris Rock sangat classy cara dia handle kena tumbuk
Tapi aku rasa macam gimmick aje. ...
Nenasketum replied at 28-3-2022 08:26 PM
Bodohnya bahalol pianggg sungguh minah ni. Spm ada tak? Itu namanya roasting, content penuh stand up ...
nakkomenjugak: Bila tengok balik, will sebena ...
nakkomenjugak replied at 28-3-2022 07:27 PM
Hahahahaha see? nampak sangat iol tak tahu ada oscar tahun ni
nakkomenjugak replied at 28-3-2022 06:56 PM
Bila tengok balik, will sebenarnya gelak dengan lawak si chris.
Tapi bila jada pandang heol semacam, ...
lattehazelnut replied at 28-3-2022 08:43 PM
Laki kau lempang polis xnak komen pulak..
Dia da masuk penjara ke x ek?
ADVERTISEMENT