Semalam, viral video yang dikongsikan oleh seorang pengguna dikenali sebagai ellyemirza di platform TikTok, menunjukkan anak perempuannya menangis selepas selesai tamat sesi persekolahan. Menerusi video itu, kelihatan anak perempuan wanita ini yang bernama Pia menangis akibat sedih ketika menceritakan tentang bagaimana dia membantu seorang rakan sekolahnya.
Tambah Pia, rakannya itu langsung tidak makan kerana tidak mempunyai duit untuk membeli makanan ketika waktu rehat di sekolah. Kata wanita ini, Pia turut tidak dapat menahan sebaknya ketika menceritakan dia telah memberikan wang RM5 kepada rakannya itu untuk membeli makanan sewaktu rehat. Bagus sangat Pia, walaupun masih kecil, Pia sudah menolong rakannya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga Tiktok telah memuji tindakan baik anak perempuannya dan ada juga yang mengucapkan tahniah kepada wanita itu kerana berjaya mendidik anaknya dengan baik sehingga anaknya mampu menolong orang yang dalam kesusahan. -CARI |
bakingsoda: straight to the point, maknya ...
msel: Nangis sebab sedih kawan xmaka ...
ADVERTISEMENT