Tidak dinafikan, pemergian ibu bapa merupakan satu keperitan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Baru-baru viral satu video di Tiktok yang menunjukkan rintihan seorang anak yang kehilangan bapa buat selama-lamanya.
Video itu telah dimuat naik oleh gadis yang dikenali sebagai Sasgita. Menerusi video itu, kelihatan dia menangis sambil memeluk kubur bapanya dalam keadaan terbaring di atas tanah. Turut dilihat beberapa orang wanita yang cuba menenangkan dirinya yang meratap pemergian bapanya. Meninjau ke ruangan komen, gadis itu menerangkan bahawa dia merupakan anak tunggal dan kehilangan bapanya adalah satu perkara yang sukar diterima. Ramai warga Tiktok mengambil peluang untuk mengucapkan takziah. Ada juga yang turut berkongsikan kesedihan yang sama. Namun, sesetengah warga Tiktok menegur gadis itu kerana seolah-olah dia seperti meratap dan tidak dapat menerima ketentuan Ilahi. Mereka juga menasihati gadis ini bahawa tindakannya itu tidak elok dan dia perlu banyakkan bersabar dan reda dengan ujian Allah. -CARI |
ADVERTISEMENT