CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sedih Ramai Sanggup Pergi Konsert Justin Biebier Tapi Masjid Kosong," - Aisar Khaled

28-3-2022 03:14 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 11327| Komen: 169|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok Aisar Khaled


Sejak pihak penganjur mengumumkan Justin Bieber akan mengadakan world tour di Malaysia pada bulan Oktober nanti, ramai peminat dilihat tidak sabar untuk mendapatkan tiket ke konsert itu. 

Untuk info semua, tiket untuk konsert Justice World Tour tahun ini akan mula dijual dengan harga bermula daripada RM288 sehingga RM2,088. 

Sumber: Google Image


Namun, perkhabaran konsert Justin Bieber telah menyebabkan sesetengah pihak kurang bersetuju apabila ramai anak muda memberikan sambutan luar biasa dan rata-ratanya ingin pergi ke konsert ini. 

Baru-baru ini, Aiser Khaled iaitu influencer yang popular dengan kontroversi tampil untuk membandingkan sambutan konsert Justin Bieber dengan suasana di masjid. 


Menerusi posting terbaru yang dimuatnaik oleh Aisar, kelihatan dia sedang berada di sebuah masjid yang dikatakan 'kosong' sambil merakam wajahnya yang sedih dengan keadaan itu. 

Menurut Aisar, dia agak sedih dan kecewa kerana ramai anak muda kelihatan memberi sambutan luar biasa terhadap konsert artis popular itu tetapi tidak ramai yang ingin hadir ke masjid untuk melakukan ibadah.

Sumber: Instagram Aisar Khaled 

Perkongsian Aisar nampaknya telah menerima respon kurang baik daripada warga Tiktok kerana ramai yang mengambil kesempatan untuk memerli kembali tindakan Aisar yang dikatakan seorang yang suka 'cakap tak serupa bikin'. Ramai juga yang mengatakan bahawa Aisar akan menghadiri konsert Justin Bieber pada bulan Oktober nanti. 

Untuk pengetahuan semua, Aisar juga sebelum ini telah beberapa kali terpalit dengan kontroversi yang menyebabkan ramai netizen telah mengecam tindakannya.


Sumber: Tiktok Aisar Khaled

Namun di sebalik pelbagai kecaman terhadap dirinya, masih ada netizen yang bersangka baik dan bersetuju dengan statement Aisar kerana apa yang ditegurnya itu ada kebenaran juga. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asamfish 28-3-2022 03:21 PM
Nko rasa nak penuhkan masjid, nko pegi je la.  Tak payah nko nak banding2 kan dgn konsert JB tu.  Tak perlu lah nak acah2 setad, ujung2 nanti nko guna 'title' untuk jual kupiah, jual jubah, jual air jampi.
Quote KamikuP 28-3-2022 03:23 PM
Ek ele lu apehal deknon.. ni ko pegi nasihat kawan ko tu si anak Zarina langit ke 7 tu siap buat tiktok mintak mak belikan tiket..poyonya lahai ... mohon jgn kawen dan beranak pinak buda2 ni
Quote dani-rox 28-3-2022 03:27 PM
lebar betol mulut jantan nih
Quote kotakominami 28-3-2022 03:28 PM
Hok aloh.....jgn time konsert nanti muke ko tercongok kat depan pegang lampu led
Quote mesmerize 28-3-2022 03:32 PM
Jangan la pandang rendah pada yang orang2 yang pergi konsert tu semua. Entah2 diorang lagi jaga amal ibadah dari ko, siap sedekah bayar zakat, berbuat baik pada ibu bapa, masyarakat n sekalian makhluk Allah segala. Tapi tak show off macam kau. Gitu akak backup geng2 yang pegi konsert.
Quote alieyrina 28-3-2022 03:36 PM
Aku x penah rasa budak ni baik ..annoying n lakonan semata .. x nampak genuine lgsg
Quote LipasComel 28-3-2022 03:37 PM
memang lah. yang pegi masjid orang Islam je. Yang pegi konsert Justin Bieber tu ada yang Islam, bukan Islam, Buddha, Hindu, Kristian, atheist, Cina, India, Kadazan Dusun, Iban, etc. Pastu bukan org Msia je, silap2 orang Singapore, Brunei, Thailand semua datang. Mmg la bakal dan akan habis tiket konsert tu.

Lain kali please compare apple to apple ok.
Quote prettyuglybabe 28-3-2022 03:40 PM
engkau pun ke masjid bila nak buat content..
dasar munafik..
Quote heythere123 28-3-2022 03:41 PM
penunggang agama bbnu. Setad wannabe mamat ni
Quote dino 28-3-2022 03:43 PM
asamfish replied at 28-3-2022 03:21 PM
Nko rasa nak penuhkan masjid, nko pegi je la.  Tak payah nko nak banding2 kan dgn konsert JB tu.  Ta ...

brp persen melayu tak tgk tu
motif nak suruh bkn beragama islam p masjid
skdr nak puji haha
Quote babelina 28-3-2022 03:44 PM
Ya Allah.. nape aku rasa dia nie la yg paling x reti base.. x reti blajar dari kesilapan dulu.. x taw nk beza baik buruk.. eeeei...nape dia nie..
Quote cikatilia 28-3-2022 03:55 PM
terpaling........
Quote likecandy 28-3-2022 04:01 PM
Heols org sama yg buat video pergi kubur arwah siti sarah kannn
Saja nak buat kontroversi tuk jadi famous
Padahal x famous seberapa pon
Ni pergi masjid pon nak bertiktok
Quote akies 28-3-2022 04:01 PM
Ntah2 yg pergi tu bukan melayu.
Mahal nau tiket tu. mampoo ke masing2 nak beli tiket
Quote codenamedream 28-3-2022 04:02 PM
Aisar ni adalah masalah mental.
Quote umbut 28-3-2022 04:03 PM
Edited by umbut at 28-3-2022 04:05 PM

Si babi air cool fever mulut lebar. Umur 22 xda kerja jadi instafemes senang hidup ko buat content bangang masuk duit. Border nak bukak konsert bulan 10 yg dtg mostly luar negara dpt jana ekonomi. Yg ko bitter sangat kenapa. Silap2 muka ko tercongok dpn gate. Bukan mintak duit kauuuu
Quote dua_chzy 28-3-2022 04:04 PM
Terima kasih kutuk mamat ni.
Quote jgfjhdjhg 28-3-2022 04:13 PM
poyo jenis tunggang ni takyah la nak acap baik...
Quote keys 28-3-2022 04:16 PM
Bebalnya ko ni. Peminat JB tu terdiri dari berbilang bangsa dan agama. Takkan ko expect non muslim yang beli tiket JB tu turut penuhi masjid? Renti la acah2 bagus dgn create polemik mcm ni

Lihat semua komen(169)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.248023 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top