CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Suami Pernah Curang," Wanita Sanggup Uruskan Suami Kahwin Lain Untuk Elakkan Berzina

28-3-2022 02:41 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1555| Komen: 3|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok Fitrimchandra


Baru-baru ini menerusi Tribun News, seorang wanita viral selepas menolong menguruskan pernikahan antara suaminya dan isteri kedua. 

Kisah wanita itu telah dimuat naik di laman Tiktok. Menerusi video itu, suami kepada wanita itu telah meminta izin kepadanya untuk berkahwin lagi.


Wanita itu kemudian pergi bertemu dengan bakal madunya. Kisah wanita itu menjadi perhatian ramai apabila dia sanggup membantu menguruskan surat poligami di mahkamah dan membuat hantaran untuk majlis perkahwinan suaminya itu.

Ketika ditanya mengapa dia memberi izin kepada suaminya untuk berkahwin lagi, wanita itu mengatakan bahawa suaminya pernah menjalinkan hubungan dengan madunya pada tahun 2019. Namun ketika hubungan itu 'kantoi', suaminya telah memutuskan hubungan dengan bakal madunya itu. 

Sumber: Tiktok Fitrimchandra

Walau bagaimanapun, pada awal tahun 2021, wanita itu berkata suaminya kembali menjalinkan hubungan dengan bakal madunya walaupun ketika itu dia sedang sarat mengandung.

Menurut wanita ini, suaminya seorang lelaki yang baik. Perkahwinan mereka juga tidak mempunyai apa-apa masalah. Selepas melahirkan anak, wanita itu akhirnya dapat berbincang dengan suaminya berkenaan hal ini. 

Sumber: Google Image

Oleh itu, wanita itu meminta ibu bapa mertuanya untuk membenarkan anak mereka berkahwin lagi. Pada awalnya mereka tidak memberi keizinan.

Namun, wanita itu tetap teguh dengan pendiriannya apabila dia berkata mereka harus memberi keizinan untuk mengelakkan suaminya berzina lagi. 

Tambahnya lagi, dia dan madunya mempunyai hubungan yang baik dan madunya juga seorang yang sangat mendengar kata-kata. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 28-3-2022 04:03 PM
Huntung madu dia....

Tak mcm friska, kawin kena basuh kencing berak madu dia....

Asal dpt jusa c.....
Quote elzy 28-3-2022 04:35 PM
Hurrmmmm suami dia jugak untung..
Quote sarahmirza 28-3-2022 09:27 PM
So ni jadi tular sebab nak galakkan perempuan lain ikut jejak dia ke?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.043495 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top