CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Ada Sembilan Anak, Zul 2 By 2 Teringin Anak Kembar Pula

28-3-2022 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3523| Komen: 28

Penyanyi dan komposer Zul 2 By 2 berhasrat untuk memiliki anak kembar menerusi perkahwinan kali keduanya bersama anggota kumpulan The Girls, Intan Maya, bulan lalu.


Intan Maya berkata, suaminya ada berseloroh dan mahukan anak kembar memandangkan dia pernah mempunyai anak kembar melalui perkahwinan terdahulu. 


Foto: IG

"Saya sudah ada empat orang anak, Zul pula ada lima cahaya mata. Jadi, sekarang kami sudah ada sembilan orang anaklah. 

"Zul ada seloroh, kalau boleh dia mahu kami ada anak kembar memandangkan saya juga mempunyai  pasangan kembar. Apa pun, kami tidak merancang. Kalau ada, kami bersyukur," katanya.


Dalam masa sama, Zul berharap perkahwinan bersama Intan Maya adalah yang terakhir dan mereka bahagia melayari kehidupan rumah tangga dengan harmoni. 



"Kalau nak diikutkan, sudah lebih empat tahun saya menduda sebelum kembali bergelar suami kira-kira sebulan lalu. 

"Sebelum ini hati belum cukup kuat untuk mencari pengganti, tetapi bila kami bertemu pada Ramadan tahun lalu, perasaan itu hadir.

"Banyak ciri-ciri yang ada padanya membuatkan saya tertarik. Dia juga pandai masak. Saya harap dengan perkahwinan kali ini, biarlah ia menjadi yang terakhir. Masing-masing sudah ada pengalaman baik yang manis atau sebaliknya. Jadi, kita jadikan apa yang pernah dilalui sebagai iktibar.



"Kami kenal pun sudah lama, cuma waktu itu tidak lebih sebagai rakan artis saja. Dia bersama kumpulan The Girls dan saya anggota 2 By 2. Pada April tahun lalu, saya yang menegurnya pada satu majlis dan sejak itu kami mula rapat. Dari situ timbulnya keserasian," katanya.

Zul dan Intan selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri di masjid Taming Jaya, Balakong pada 22 Februari lalu.

Sebelum mendirikan rumah tangga,  pasangan selebriti itu terlebih dulu mengikat pertunangan pada Jun 2021.

Zul bersama kumpulan 2 By 2 yang sinonim denga. lagu duet Kau Mawarku bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi, Ismaliza Ismail atau Isma AF7 sebelum mereka berpisah pada 2018. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 28-3-2022 12:39 PM
Emmm.. retis ni mesti akan ckp pasal kote dan punai dan hasil dr kote dan punai jugak..lain takde
Quote cikgojesss 28-3-2022 12:46 PM
tak padan dgn gigi penyangkul kubur
Quote shida81 28-3-2022 12:47 PM
Amboi.. Ank 5 org tu bp bg nafkah... Ada ati nk tqmbah
Quote anony-mous 28-3-2022 12:50 PM
Ank2 tu bg nafkah ke x?? Tgk mcm semikin jah. Klo semikin xpayah la ank ramai. Esok2 dah tua susahkan ank dgn ko x bekerja
Quote epal21 28-3-2022 12:57 PM
Sama spesies dgn sohai juga ni. Bangga anak ramai walaupun........
Quote gadis_tulip 28-3-2022 01:07 PM
Dia nie ke kawen dengan kakak tomok? Ke sis salah orang?

Quote KamikuP 28-3-2022 01:21 PM
knp depa cerai cuolls? sapa yang berselingkuhan?
Quote asfaz 28-3-2022 01:24 PM
gadis_tulip replied at 28-3-2022 01:07 PM
Dia nie ke kawen dengan kakak tomok? Ke sis salah orang?

Dia la tu
Quote 3chanceno 28-3-2022 01:32 PM
Asal retis kawin buat kali ke 10 pun, mesti nak tanya nak berapa orang anak  tanyalah cukup tak nafkah untuk anak2 yg suda  sedia ada setelah bernikah baru, baru trendy
Quote SherryZass 28-3-2022 01:36 PM
yih sangat. Anak yg sembilan orang tu cukup makan pakai ke tak?? Anak ramai, karang esok sakit ke, ninggal ke,siapa nak tanggung? Bukan nak doakan, cuma nak heolls ni fikir masa depan, gitu ceramah iolls
Quote DayangKirana 28-3-2022 02:47 PM
anak2 yang sedia ada tu cukup ke makan pakai depa?
sekolah depa sape yg tanggung? nafkah anak2 tau bagi tak? 9 orang tu, beribu-ribu every month?
ke pandai pancut je then lepas tangan bekas bini yang tanggung?
ringan je mulut nak twin pulak.. jangan tanggungjawab ke laut dalam pulak...
Quote Suchi 28-3-2022 02:57 PM
Iols kalau dah tua2 ni malas dah nak ada anak kecik. Jenuh la umur2 dah warga emas nak uruskan hal sekolah anak2

Patutnya skrg ni fasa hanimun jaaa ngn bini memandangkan anak2 dah besar belaka.
Anak2 zul ni semua dh besar yg bongsu pun brp tahun je nak abis sekolah.
Ini adalah fasa yg indah buat mak pak bila anak2 dh semakin dewasa tak lama lg abis belajar keje dan kawen.
Sudah tak perlu pening kepala nak berjaga mlm jaga baby halus. Nak g mana2 pun bebas.
Quote kechikchomel 28-3-2022 03:02 PM
orang tak kisah kot kalau ko ada anak 2 team bola sekalipun. tapiiii...anak2 ko tu terjaga ke idok, cukup makan pakai?
Quote stania83 28-3-2022 03:19 PM
ingat boleh order ke anak kembar //red flag laki yg minta anak as if kentut je terus keluar anak.
Quote epal21 28-3-2022 04:07 PM
Suchi: Iols kalau dah tua2 ni malas d ...

Betul tu, uols. Sepatutnya fokuskan kpd anak2 yg ada je lah. Ni gigih nak buktikan masih tip top. Nanti jadi macam aman graseka tu. Kawen bini muda juga, tapi bersalin emma maembong yg sponsor. Mengharapkan bantuan untuk beranak.
Quote NazRysha 28-3-2022 04:13 PM
hmmm itu je la modalnya
Quote alieyrina 28-3-2022 04:17 PM
Edited by alieyrina at 28-3-2022 04:19 PM

Dah ada anak 9..jaga yg tu ja tak leh ka. Harusla bekas bini tanggung semua sbb tu aman2 ja oder twinIsma pun gebu2 putih mcm bini baru. Taste tak lari gitu
Quote gideoncross 28-3-2022 05:28 PM
Gigi tu kmain lgi.
Quote gideoncross 28-3-2022 05:30 PM
stania83 replied at 28-3-2022 03:19 PM
ingat boleh order ke anak kembar //red flag laki yg minta anak as if kentut je terus keluar anak.

Sbb llaki x mrasa pregnant & mlahirkan, tu yg dorg sng2 mminta tu.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.162598 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top