CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nadya Shahera Bersalin Anak Ketiga, Bayi Ada Jangkitan Kuman Dalam Darah

28-3-2022 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1120| Komen: 0

Selepas dua hari dilahirkan, bayi ketiga pelakon Nadya Syahera kini masih ditahan di Hospital Shah Alam kerana dikhuratiri terdapat jangkitan kuman dalam darah.


Kata Nadya, 29, atau mesra dipanggil Kak Bed, doktor mahu melakukan pemantauan rapi sebelum membenarkan bayinya dibawa pulang.


Foto: IG

“Bayi masih ditahan di wad untuk pemantau pihak hospital dan menunggu keputusan darah.

“Sebelum bersalin saya mengalami demam dan disebabkan itu ia memberi kesan kepada bayi juga.

“Jadi pihak hospital perlu pantau jika ada kuman dalam darah bayi,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.




Bayi lelaki seberat 3.3 kilogram itu dilahirkan secara normal pada Jumaat dan diberi nama Muhammad Barr Adam.

Berkongsi pengalaman melahirkan anak kali ini, kata Kak Bed berkata ia tidak sama seperti dua anak terdahulu.

Malah dia masih mengalami rasa sakit selepas bersalin.


“Ingatkan selepas bersalin hilang rasa sakit, tetapi sehingga hari ini masih terasa lagi seperti hendak bersalin.

“Kata orang mungkin ia biasa terjadi kepada ibu selepas anak kedua atau ketiga disebabkan darah tidak habis keluar ketika proses bersalin.

“Harap semuanya akan kembali okey selepas saya menjalani tempoh berpantang nanti,” jelasnya.



Menurut Kak Bed, dia sempat menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur pada Khamis sebelum mula rasa sakit hendak bersalin.

Dia dibawa ke hospital pada pukul 4.30 pagi hari Jumaat.



“Saya cuba bertahan apabila mula rasa sakit, tetapi apabila semakin rasa sakit dan badan mula menggigil, suami terus bawa saya ke hospital.

“Pengalaman bersalin kali ini juga tak mudah seperti dua anak sebelum ini.

“Anak yang kedua pun sudah berusia lima tahun, jadi saya rasa sedikit gementar dan bingung hendak lalui proses bersalin kali ini,” ujarnya.

Kak Bed mendirikan rumah tangga dengan Fizul Nawi pada 25 September 2015 dan pasangan ini juga mempunyai dua orang cahaya mata lain iaitu Aleena Rose, 7, dan Mohamad Dayyan, 5. -CARI

Sumber:mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.041089 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top