CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wany Hasrita Simpan Impian Jadi Hos Program Nona

28-3-2022 11:20 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2173| Komen: 17|Original author: tatod


Penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu iaitu Wany Hasrita mengakui kini lebih banyak memberikan ruang dan masa buat karier baharu sebagai pengacara selepas mendapat peluang mengendalikan program Borak Baru Buka dan Ihya Ramadan untuk tayang stesen televisyen RTM sebelum ini.

Pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah itu mendedahkan dia memasang impian untuk menjadi salah seorang pengemudi bagi program Nona, sebuah rancangan televisyen berbentuk majalah itu.

Bagaimanapun, wanita berusia 30 tahun itu tetap meletakkan nyanyian sebagai kerjaya utama namun tidak menolak untuk terus meneroka dunia pengacaraan dan suatu hari nanti tampil sebagai pengacara versatil.



"Saya rasa, ramai hos wanita yang mengimpikan untuk menjadi pengacara Nona. Begitu juga saya tetapi nampak masa mustahil kan? 

"Buat masa ini, saya belajar untuk mengacarakan program santai terlebih dahulu. Belajar dari bawah secara perlahan-lahan sebelum ke tahap seterusnya. Lagi pun, kita sendiri tahu corak pengisian Nona itu. Oleh itu, saya perlu banyak belajar untuk mencapai impian itu," katanya.

Walaupun stesen televisyen tempatan banyak menyajikan program berbentuk majalah atau dokumentari, namun bagi Wany, keupayaan seseorang itu dalam bidang pengacaraan dapat dilihat menerusi kemampuannya mengemudi Nona.


"Menjadi pengacara Nona adalah antara sasaran saya. Mungkin ramai yang akan sedar kebolehan kita mengacara apabila tampil mengendalikan program berkenaan. Tapi, buat masa ini saya berangan-angan dulu," katanya yang mengagumi semua hos Nona termasuklah Mira Filzah.

Katanya, andai suatu hari diberikan peluang untuk menjadi tampil di program berkenaan walaupun hanya sebagai tetamu, Wany berbesar hati menerimanya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 29-3-2022 01:34 AM
Gmbr 1st sekali imbas mcm elfira loy..
Quote dudaberhias 29-3-2022 01:36 AM
sesuai juga heshe ni jadi hos nona tapi rasanya aura hos nona ni semua membosankan dan rasa nak kalih ke channel animal planet jah tengok binatang liar...

si jahlop jadi dulu pun rasa ngantuk tengok sampai boleh terlena kat sofa hingga meleleh air liur basi.. lepastu di gantikan dengan amyra dan mira filzah pun masih bosan dan terpaksa kalih ke animal planet tengok orang tangkap2 ikan paus...
Quote prince_marhaen 29-3-2022 10:11 AM
Wani Barista ni sesuai hosting rancangan santai je, suara sheols tak deep sangat untuk hosting Nona, macam suara kepit si Mira Basic tu...halussssss bethol...pengacara yang betul-betul ada karisma branding Nona pada meols ialah DS Normala, Azizah Ariffin, Nurul Syuhada pun dah mula ke santai sikit... lepas2 Nurul Syuhada terus bosannnn...masa Juma Ting Tong nampak syok sendiri..muka tak lembut.. gittcheww meols melayan Nona  di hujung minggu...hahahaha
Quote awenda507 29-3-2022 10:33 AM
rancangan nona ni sesuai suara sedap cm fiza sabjahan tu. toksah la menambah listing pengacara nona yg hauk wani. menyanyi berlakon jela
Quote Mawar91 29-3-2022 10:39 AM
X mustahil sheols bole jadi pengacara Nona since sheols ni pon Top.Ade ke penerbit tu pikir sore kemek ke penyek ke asal muke lawa bole jual kat TV
Quote TomyamPuteh 29-3-2022 10:46 AM
Aku tetap suka Fiza Sabjahan.Bersembang biasa pun suara sedap giler.
Quote uori 29-3-2022 10:48 AM
dik, ko jadi ape pun tetaplah hauk
Quote Kepot 29-3-2022 10:50 AM
TomyamPuteh replied at 29-3-2022 10:46 AM
Aku tetap suka Fiza Sabjahan.Bersembang biasa pun suara sedap giler.

betul, ada karisma tsendiri.
mcm datin normala samsudin.
Quote gideoncross 29-3-2022 11:59 AM
prince_marhaen replied at 29-3-2022 10:11 AM
Wani Barista ni sesuai hosting rancangan santai je, suara sheols tak deep sangat untuk hosting Nona, ...

Aiol ingt uol sbut Wani BATISTA (klau bca skilas pandang).
Quote SherryZass 29-3-2022 01:53 PM
TomyamPuteh replied at 29-3-2022 02:46 AM
Aku tetap suka Fiza Sabjahan.Bersembang biasa pun suara sedap giler.

setuju..sedap je suara mengacara
Quote qusairy 29-3-2022 04:01 PM
hmmmm kejap penyanyi, kejap nk berlakon, kejap nak jadi pengacara, kejap nak jadi gamers,

mana sbnrnya direction Penyanyi wanita popular & Bintang Paling Popular ni?????
Quote gekkou 29-3-2022 05:37 PM
muka kejung acik wani
nona pun kepik lentok
kalau mengacara nona
haus dia aidilfitri
Quote ezacbee 29-3-2022 05:44 PM
Bosan tengok nona klo pengacara retis nih.. serba xkena..
Quote miss_perfect 29-3-2022 06:04 PM
Perawankota replied at 29-3-2022 01:34 AM
Gmbr 1st sekali imbas mcm elfira loy..

Mata iols pun perasan yang sama...
Quote Perawankota 29-3-2022 06:57 PM
miss_perfect replied at 29-3-2022 06:04 PM
Mata iols pun perasan yang sama...

Kannnnnn.......        
Quote lattehazelnut 29-3-2022 10:22 PM
Mira telah membuka peluang utk semua basic menjadi host nona
Quote annadonna 29-3-2022 11:00 PM
Alahai takdelah eksklusif sangat nona tu. Branding aje melebih lebih dengan host yang overrated. Content itu itu juga. Majalah 3 tu lagi bermanfaat.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.069442 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top