Baby Shima kecewa dengan sikap seorang lelaki yang bersikap kasar dan menengkingnya ketika dia memenuhi undangan nyanyian di sebuah program anjuran kerajaan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, di sini.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kopi Dangdut ini berkata, dia tidak minta dilayan seperti orang kenamaan tetapi menitik beratkan adab sebagai manusia. Menerusi perkongsian di media sosial, Shima mendakwa lelaki terbabit cuba menyekat dan menghalaunya ketika memenuhi undangan nyanyian di acara itu. "Kepada abang baju putih berkaca mata, saya datang 'event' di Perlis untuk membuat persembahan, sepatutnya saya kena 'ready' di 'booth' dan belakang pentas lebih awal, hidup tu biar beradab.
"Saya ni kalau orang baik saya hormat, tapi orang cari pasal saya tak akan diam! Bukan saya saja, sebab awak kerja orang lain tergendala! "Ramai saksi kat sana, awak tolak pintu tu tadi dengan kasar dan tengking saya! Nampak cara awak macam mana! Cakap baik-baik nak masuk tapi tunjuk lagak!" tulisnya.
|
Perawankota replied at 26-3-2022 04:00 PM
Tapi cerita dia apa sebenarnya? Mamat tu tak bagi dia masuk ke? X paham aku, mcm citer tak der pangk ...
she replied at 26-3-2022 04:17 PM
Comel rupanya dia nih
sukacactus replied at 26-3-2022 10:55 PM
Tu maknanya ko tu retis sendu
Sapa je yg kenal ko tu
Acikgomen replied at 26-3-2022 11:29 PM
Jai chuols taun ni jom semayang raya kat masjid Syed alwi
ADVERTISEMENT