CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"This Is A Good Song," Gadis Tak Sangka Rakan Jepun Suka Laungan Azan

26-3-2022 11:43 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1525| Komen: 1|Original author: Cinta Erina

Sumber: Twitter AisyaZainal


Mesti ada di antara kita yang mempunyai hubungan atau kenalan rapat dengan orang dari luar negara. 

Pada zaman ini memang sangat mudah untuk kita berhubung dengan orang luar negara dengan adanya media sosial.

Selain daripada berkongsi adat dan budaya masyarakat di Malaysia, mesti ada di antara mereka yang terpegun apabila mendengar azan berkumandang buat kali pertama. 

Bagi orang yang tidak mengenali agama Islam, mungkin mereka akan berangapan bahawa azan itu ialah lagu. Inilah yang terjadi kepada kisah yang diceritakan oleh wanita ini. 


Sumber: Twitter AisyaZainal

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai AisyaZainal telah berkongsikan kisah berkenaan rakan lelakinya yang berasal dari Jepun yang membuatkan dia terkedu seribu bahasa. 

Menerusi posting yang dikongsikan, wanita ini mengatakan bahawa dia dan rakannya dari Jepun yang dikenali sebagai Shin telah keluar makan malam bersama-sama dan pada ketika itu, azan sedang berkumandang. 

Tiba-tiba sahaja rakannya berkata bunyi azan itu adalah lagu yang sangat sedap. Comel betul Shin ni!

Sumber: Twitter AisyaZainal

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengguna Twitter turut berkongsikan pengalaman mereka sendiri apabila mengalami situasi yang sama ketika bersama dengan kawan mereka dari luar negara.  -CARI

Sumber: Twitter AisyaZainal


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 26-3-2022 03:48 PM
Rasa agama Islam ni seluruh dunia.. Kalau x tau tu mcm pelik je.. Buat cerita ke

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.045608 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top