Sejak kerajaan mengumumkan pengeluaran simpanan KWSP, semakin ramai individu yang tidak bertanggungjawab cuba untuk menjadi 'scammer' untuk memperdaya orang bagi mendapatkan wang dengan cara yang pantas. Seperti yang kita pernah dengar, scammer selalunya akan menjalankan aktiviti penipuan mereka dengan membuat panggilan dan mengatakan bahawa mereka daripada badan kerajaan seperti LHDN, PDRM atau kes mahkamah. Tetapi oleh kerana kes scammer ini kerap berlaku, rata-rata masyarakat sudah sedar dan peka dengan sindiket penipuan scammer ini. Kini ramai yang semakin bersedia untuk 'menyerang' kembali geng scammer dengan pelbagai cara. Baru-baru ini, menerusi video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai nurelyn32 menunjukkan seorang wanita yang didakwa agak 'luar biasa' dan 'rare'. Taktik wanita itu cuba mengelak daripada ditipu 'scammer' sangatlah mencuit hati ramai. Menerusi video pendek itu, kelihatan seorang wanita yang sengaja bersuara sengau semasa menjawab panggilan 'scammer'. Cuba teka apa yang dikatakan oleh wanita itu? Meninjau ke ruangan komen, ramai warga Tiktok yang terhibur dengan kaedah unik wanita ini. Ada juga yang mahu menggunakan kaedah yang sama jika menghadapi perkara yang sama. -CARI |
djzara81: Baru kelmarin scammer call no ...
ADVERTISEMENT