CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Oktovia Manrose Dengar Cakap Suami, Tolak Watak Daring Dan Tak Senonoh

26-3-2022 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2426| Komen: 9

Pelakon Oktovia Manrose enggan lagi melakonkan watak yang kurang sopan seiring penampilannya yang kini berhijab.

Pemilik nama lengkap Wan Syamira Putri Oktovia itu juga berkata, statusnya yang kembali bergelar isteri sejak Disember lalu turut mendorongnya untuk menjadi semakin memilih dalam soal karier.


Foto: IG

“Saya ada dapat beberapa tawaran, tetapi disebabkan penampilan saya kini dah berhijab, rasanya saya dah tak boleh bertindak sesuka hati seperti dahulu.

“Saya akui dulu lakonan saya banyak yang daring. Bila dah bertudung, takkanlah saya nak buat macam itu lagi.


“Memang agak susah sebab saya perlu memilih watak tetapi kalau sudah ditakdirkan ada rezeki saya, insya-Allah, sudah tentu akan ada peluang untuk saya,” ujarnya.



Mula berhijab sejak Aidilfitri tahun lalu, Oktovia bagaimanapun tetap diberikan ‘lampu hijau’ suami tercinta, Mohamad Khairul Efsan Md. Isa untuk aktif sebagai pelakon

Menyedari sensasi yang selalu dicetuskan golongan selebriti, kakak kepada aktres, Aprena Manrose itu memilih pendekatan berhati-hati untuk menjayakan sesuatu watak terutama apabila sudah sekali lagi menjawat peranan sebagai isteri, Disember lalu.



“Saya sedar peredaran masa sudah banyak berubah begitu juga dengan situasi industri seni tanah air kita.

“Saya akui, memang ada sesetengah babak yang pelakon perlu buat disebabkan tuntuan daripada produksi. Tapi, kita juga ada hak dan pilihan untuk menjaga batas.

“Sebenarnya, perkara berkenaan boleh dibawa berbincang dengan pengarah. Saya akui, saya juga pernah minta pada pengarah untuk tidak melakonkan babak yang saya tak selesa untuk jayakan. Alhamdulillah, mereka sangat memahami dan okey sahaja.

“Dahulu memang saya takut nak buat perkara yang sedemikian namun dunia sekarang sangat berbeza. Muncul ramai pelakon yang berani beraksi daring. Mungkin banyak dipengaruhi orang sekeliling atau terikut-ikut dengan budaya barat,” kata Oktovia, 32.



Dalam pada itu, suaminya, Efsan tetap memberikan kebenaran buat isterinya untuk kekal aktif berkecimpung dalam dunia seni lakonan tanah air meskipun mengakui dunia seni sekarang mudah untuk menjemput kritikan orang ramai terutama menerusi media sosial.

“Saya tak letak syarat tapi saya tahu dia (isteri) bijak memilih dan pandai buat keputusan.

“Bagi saya mudah sahaja, selagi perkara yang dilakukan itu tidak bercanggah dengan agama dan maruah seorang perempuan, saya tidak akan melarang sebab itu merupakan kerjaya dia.

“Sebelum dia beritahu tentang sesuatu tawaran lakonan yang diterima, saya tahu dia akan tapis dulu sebaik-baiknya,” katanya kepada Kosmo! Online usai pelancaran Kempen Ramadan Syawal 1443H dan Aplikasi Terbaharu TV Alhijrah, baru-baru ini.



Sekadar info, Oktovia dan Efsan mendirikan rumah tangga pada 21 Disember lalu.

Perkahwinan tersebut merupakan pernikahan kedua buat Oktovia yang turut memiliki seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain, 11, hasil perkahwinan terdahulu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 26-3-2022 10:18 AM
semoga istiqamah
Quote winky1 26-3-2022 02:22 PM
Ini jenis suami yg bukan bewak hidup. Dia masih mampu jana income
Quote bankerpencen 26-3-2022 02:41 PM
Oktopus ni yang dulu ada skandal dgn alip putik jagung kan? Nampak lawa sikit lepas pakai tudung. Masa tak pakai tudung muka macam huduh sikit
Quote MistrezHermanaz 26-3-2022 02:54 PM
Shuben dia keje apa chuols
Quote blekkep 26-3-2022 03:55 PM
dh pakai hijab tu bleh dh kot stop amik selfie mulut ternganga mcm mintak batang
Quote krustykrab 26-3-2022 03:57 PM
Lg elok terus jauhkn diri dr industri hiburan ni
Quote rosevelvet 26-3-2022 05:50 PM
Bila sheol kawen
Quote missbigrockstar 26-3-2022 05:53 PM
Sweet dia berhijab. Masa free hair rupa daring. Happy for both sisters, octovia dan aprena :
Quote beta_carotene 27-3-2022 06:03 AM
yang penting laki sedap sis..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.053000 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top