CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Kahwin, Video Zul Ariffin Kejar Ruhainies Hanya Gimik Nak Promosi Produk

26-3-2022 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7211| Komen: 67

Spekulasi mengenai lelaki misteri dalam video yang dimuat naik Ruhainies di Instagram terjawab apabila aktres itu mengesahkan pelakon Zul Ariffin adalah individu dalam klip berkenaan.


Mengakui perkongsiannya itu hanyalah gimik bagi mempromosikan produk, Ruhainies, 30, berkata video berkenaan dihasilkan bagi tujuan kerja dan bukannya majlis perkahwinan seperti disangka netizen.


Foto: IG

"Ya jejaka misteri dalam video yang dimuat naik di Instagram kelmarin ialah Zul Ariffin. Sebenarnya masa saya muat naik video itu, ramai yang sudah meneka dia.

"Tapi dakwaan yang mengatakan kami sudah berkahwin atau bertunang adalah tidak benar. Saya dan Zul hanya berkawan baik dan dia antara kenalan selebriti yang saya rapat.


"Selepas video ini tular saya baru sedar yang sebenarnya ramai nak tengok saya naik pelamin. Alangkah seronok kalau hari ini adalah hari bahagia itu.

"Apapun saya serah soal jodoh kepada takdir. Kalau jodoh sampai awal, cepatlah saya kahwin,” katanya kepada mStar.



Ruhainies berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelantikannya sebagai duta produk makanan tambahan Mix Berry Powder yang diadakan di Calia, Pavilion, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Pada Rabu lalu, Ruhainies memuat naik video di laman Instagram menunjukkan dia memakai inai di jari dan berlari gembira diikuti jejaka misteri dari belakang.



Memakai busana bertemakan Bollywood, Ruhainies turut menulis kapsyen istimewa yang menyatakan ‘A night to remember. One step closer pada hantaran terbabit.

Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah kelibat jejaka dalam video itu dikatakan mirip pelakon kontroversi Zul Ariffin.

Gara-gara perkongsian itu, ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah daripada pengikut dan ada juga membuat andaian Ruhainies bakal menamatkan zaman bujang dengan Zul.



Menyedari perkongsiannya itu menimbulkan tanda tanya ramai pihak, pelakon drama Wifi Sebelah Rumah ini memohon maaf jika ada yang tergores hati dengan tindakannya itu.

"Janganlah rasa tertipu sebab saya tidak pernah beritahu yang saya nak berkahwin atau bertunang. Video yang dimuat naik itu pun saya tak terangkan apa-apa, sebaliknya hanya mengambil konsep Bollywood.



"Lagipun semua orang tahu yang saya memang minat Bollywood daripada dulu, jadi saya ambil konsep ini selepas berbincang dengan rakan kongsi Sha Hasan dan kami bersepakat untuk jayakan video promosi produk sulung ini.

"Saya pilih Zul kerana pada mata saya dia adalah hero yang paling tepat. Tak lengkap sesebuah jalan cerita tanpa hero. Ibaratnya kalau sudah ada Anjali, kenalah ada Rahul. Jadi dalam video ini kami seperti watak Anjali dan Rahul dalam filem Kuch Kuch Hota Hai," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikbajuhijau 26-3-2022 09:47 AM
Cheap. Just cheap. Dah dia ni sorg je yang sudi memeluk, dipeluk dan terpeluk. Dan dan la kau pulak terkemut. Sesuai la sekarang pulak kau nak keluar produk khennn..
Quote kuzaime 26-3-2022 09:51 AM
Tahi








Dilemparrrrr
Quote SalenaGomez 26-3-2022 09:51 AM
Kalau x sayang buah pinggang, silalah beli product2 seperti ini

Still x faham kenapa nak putih/glow sume ni

Kalau nak putih, use natural way mcm guna beetroot tu ke…makan product mcm is a big no for me
Quote SherryZass 26-3-2022 09:56 AM
mohon kurex datang mengulas seperenggan dua karangan
Quote SalenaGomez 26-3-2022 09:56 AM
acikbajuhijau replied at 26-3-2022 09:47 AM
Cheap. Just cheap. Dah dia ni sorg je yang sudi memeluk, dipeluk dan terpeluk. Dan dan la kau pulak  ...

Trick marketing pon dah outdated sgt…byk kali dah dipakai sblm ni

Cuma menumpang hype pada cite viral ZA  
Quote helicornia 26-3-2022 10:41 AM
Patut la kemain membekap zul rupanya ada projek sama2. Ye la Kang kena pulau tk laku pulak produk
Quote olezzeli17 26-3-2022 11:04 AM
Kalau tak putih tu tak cantik ke?
Quote Mary_jane 26-3-2022 11:10 AM
Minta maaf konon. Sendiri dok terhegeh2 one step closer. Padahal tersenyum riang benda dah viral seperti dirancang. Dasar.
Quote 3chanceno 26-3-2022 11:22 AM
Bodoh nie memamg no limit eh

Netizens pun dah tahu tu gimik je &  korang yg terlibat dlm drama nie pun tumpang jugak crita esbok yg tengah panaz untuk publisiti
Quote riena3321 26-3-2022 12:14 PM
produk Sha Hassan
Quote kaoru44 26-3-2022 01:16 PM
Edited by kaoru44 at 26-3-2022 01:18 PM

Quote nakkomenjugak 26-3-2022 01:38 PM
mulut bawah pun terkemut jugak keee dipeluk esbok?
Quote bungarose 26-3-2022 03:05 PM
Berpeluk2 cenggituh bley laks ngko tulis syukur alhamdulillah
Quote Rogue98 26-3-2022 03:14 PM
Taknak tau pun produk apa...semoga lingkup bizz sampah camni.
Quote ecahaha 26-3-2022 05:44 PM
Pathetic kan, promo product TK je pun nak ada kan majlis ala2 menikah supaya dapat limelight n coverage sebab kontroversi ehhh ruhainies bertunang dengan zul keeeeee yadda yadda.. bila lah trend bangang mcm ni nak habis yea jelak betul rasa
Quote AcikBuncit 26-3-2022 06:12 PM
Ckp jela ko plh dia sbb ko minat dia.. Xabis2 dgn zul nye
Quote Masukkeluar 26-3-2022 06:23 PM
tua gila muka julpin dlm video ni. serius tua sgt weh.
Quote beta_carotene 26-3-2022 06:59 PM
Kimak la... Aku percaya pulak dia ekor ni nk bertunang
Quote lattehazelnut 26-3-2022 08:56 PM
Xde sape nak percaya ko kawin dgn zul tu..
Ko je yg perasan..

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.056908 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top