Umum pasti menyedari bahawa ramai antara ibu dan bapa pada zaman sekarang kerap memberikan nama-nama yang cantik untuk anak-anak.
Selain bersifat unik, nama-nama anak juga selalunya mempunyai maksud baik dan sedap untuk dipanggil. Begitupun, ada juga ibu bapa yang memberikan nama yang agak panjang untuk anak-anak mereka. Seperti video yang viral di media sosial baru-baru ini, gelagat seorang kanak-kanak yang ‘rengsa’ dengan namanya terlalu panjang menarik perhatian netizen.
Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan seorang kanak-kanak yang difahamkan bernama Arianna Amanda menangis kerana namanya terlalu panjang. Gelagat Amanda itu menyorot perhatian netizen sehingga ada antara netizen yang turut berkongsi pengalaman sendiri. Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan supaya ibu bapa mengambil pendekatan menamakan anak dengan nama zaman dulu-dulu yang lebih mudah. Sumber: Gempak
|
Zack8hunter replied at 25-3-2022 01:57 PM
nama anak2 aku semua seketul jer.. tu pun dua suku kata jee.. sbb dah ada pengalaman duduk oversea t ...
ADVERTISEMENT