CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Fedtri Yahya Pun Terkedu Ibu Bapa Suruh Buat Loan RM50k Kalau Enggan Dicop Derhaka

25-3-2022 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12658| Komen: 199

Setiap anak yang sudah membina kerjaya pasti mempunyai niat untuk berbakti terhadap kedua orang tua bagi membalas jasa serta pengorbanan mereka.


Namun, sebaliknya ada sesetengah ibu bapa yang merasakan anak-anak wajib melaksanakan tanggungjawab itu sehingga mendesak tanpa memikirkan soal kewangan anak yang masih belum stabil sepenuhnya.





Menerusi perkongsian oleh seorang selebriti Fedtri Yahya di media sosial, seorang pengguna mengadu kedua-dua ibu bapanya seperti mewajibkan kesemua anak membuka pinjaman peribadi sebanyak RM50,000 agar dapat menghulurkan duit poket setiap bulan.


Katanya, dirinya masih belum mampu kerana sudah berkeluarga selain mempunyai hutang pengajian, kereta serta kos sara hidup di ibu kota yang tinggi.


Gambar hiasan

Menurutnya, ibu bapanya tidak memahami perkara itu dan menganggap beliau sebagai anak yang tidak mengenang budi.

Fedtri yang berkongsi luahan itu turut mengakui terkedu dengan situasi dihadapi individu terbabit.

Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial bersimpati dengan nasibnya itu dan menasihati agar menolak permintaan ibu bapa pengguna itu dengan cara yang baik.




Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 25-3-2022 03:53 PM
Sebijik bapak i..
Not exactly tp lebih kurang..
Seriously i faham kadang2 bapak kene jd homeless camtu..
Dari kecik sampai besar gunakan anak je.. xhabis menyusahkab anak..
Dah cakap baik2 xfaham..
Quote Suchi 25-3-2022 04:17 PM
Ni semua gara2 tak abis org duk bgtau kena bagi duit kat ibubapa kalau nak murah rezeki, nak keberkatan bagai.
Dah kalau yg dh takde org tua tu rezeki dia sempit ke? Yg duk oversea bertahun tak balik rezeki dia sempit ke?
Sbg ibubapa tak perlu tunggu anak bg duit tiap bulan utk doakan yg baik2 utk dia.
Anak2 bukan mesin ATM terutama yg dah berkeluarga ni.
Dah tua2 nak suh semua anak wat loan sampai 50k nak wat pe?
Quote Artemesiaa 25-3-2022 04:22 PM
Ramai je species macam ni sekarang lupa nak tengok keadaan kewangan anak sebenar sebelum mintak.  Suka ugut menderhaka pada hal mereka juga boleh menderhaka dan berdosa pada anak.
Quote syamzana 25-3-2022 04:32 PM
dlm ni pun ada forumer yg mak/ayah dia suruh buat loan beli rumah.
sian la anak dpt makayah toksik mcm ni. agaknya ni la kot tujuan sakan beranak ramai, tua2 dah imagine nak dpt duit byk dari anak2.
Quote naina 25-3-2022 04:35 PM
Ohh kesian ya. Anak2 baru kenal dunia baru nak belajar berdikari dengan wang sendiri didesak cmtu pula. Nasib baik mak bapak aku tak cmtu. Malah aku pula yang dibantu bagi duit poket nak beranak bagai. Wakaka.
Quote naina 25-3-2022 04:40 PM
Eh tapi memang wujud tau mak cmni. Kakak aku pernah terbuka cerita mak mertua dia selalu mintak duit kat laki dia. Tak bagi kata bodoh bagai dan anak derhaka. Kesiann. Adik beradik ramai. Mak mertua pun kerja pensyarah kereta beli Honda hrv paling baru, rumah pun baru.
Stress pun ye kot. Sebb laki kena rembat dek Indon spesis friska. Mula2 maid lepastu diangkat jadi bini. Laki masa tu cikgu
Quote asma87 25-3-2022 04:40 PM
Mmg ada pon parents toksik gini...kawan aku, parents dia nak p melancong, soh anak dia keje penjawat awam, loan 50k...
Quote namr 25-3-2022 04:40 PM
Mak bapak derhaka
Quote annehuda 25-3-2022 04:49 PM
Suchi replied at 25-3-2022 04:17 PM
Ni semua gara2 tak abis org duk bgtau kena bagi duit kat ibubapa kalau nak murah rezeki, nak keberka ...

i anak yatim piatu kot, mak meninggal umur 17 abah i pulak lepas i grad. alhamdulillah ok je rezeki i sampai hari ni walaupun takdelah tahap T20. ada sorg mak kawan i ni, kawan i tu duduk ngan mak die ngan anak-anak laki tak guna die, nk pindah mak die tak kasi, siap compare ngan i ni ha yg duduk sorang-sorang takde makbapak kirenye kawan i tu untung la duk ngan family. i cakap je lg best i bebas nk pegi mana2 takde orang larang, duit i sukati i la nak buat ape. ujung2 kawan i tu depression sbb nk pegi keje dahle jauh pastu balik rumah bersepah-sepah kene buat keje rumah. siap ckp kt i kalau ada kelahiran semula dia nak jadi lelaki taknak dah jadi perempuan ni
Quote airmineral 25-3-2022 04:58 PM
tua² bawa² la pegi belajar agama tu
da pandai agama xde la demand benda² merepek ni
mmg patut dicarut je orgtua gini
kalai da anak tu hidup pun cukup² makan je lagi mu mcm²
Quote ulamalu 25-3-2022 04:59 PM
Biar betul wujud parents mcm ni .   Gilalah.  Biarlah anak nak mulakan hidup.  Masa anak kecil kita besarkan anak dgn penuh kasih syg, unconditionally.  Sepatutnya x boleh tanam sikap nak balasan bila anak besar.  Anak x susahkan kita dgn kes jenayah, dah besar rahmat.

Quote renko 25-3-2022 05:43 PM
dah kenapa
nk flex kekayaan n acah2 ank menjadi ke
Quote white_musk 25-3-2022 05:55 PM
Semua benda nak ganjaran

Anak anak juga mahu ganjaran, mesti beri mak bapak rm647987 juta sebulan...

Jika tidak beri, tidak dapat masuk sorga katanya
Quote white_musk 25-3-2022 05:56 PM
renko replied at 25-3-2022 05:43 PM
dah kenapa
nk flex kekayaan n acah2 ank menjadi ke

"Anak aku bagi aku rm50k, anak kau ada senah?"
Quote ultra78 25-3-2022 06:08 PM
Nilai RM100 sekarang tidak sama dengan 20 tahun dahulu.Tapi gaji paras sama. Masuk kerja aje dah start bayar hutang ptptn.
Quote adm7 25-3-2022 06:09 PM
Epf tersenyum sinis
Quote wirazam 25-3-2022 06:10 PM
Tak tahu nak ckp apa? Semoga forummer semua tak diuji seperti situasi yg dihadapi oleh follower fedtri..
Quote akusukaq 25-3-2022 09:08 PM
Edited by akusukaq at 25-3-2022 09:13 PM

Ibu aku kata nenek aku selalu berpesan, dah tua kena ada byk saving. kurang kurang  saving satu juta dan eset eset yg mudah dicairkan.
Bila dah tua susah nak memintak mintak pd anak.menantu pun pandang semcm.
Mak aku sgt beringat utk hari tua, dia kata kalu tak berduit menantu pun pandang rendah. mk buat hj, umrah, melancong satu dunia semua pun duit sendiri..
Tp bila dh lanjut usia duit byk dia sedekahkan pd phk yg memerlukan..tak perlu tinggal pusaka byk byk katanya.
.
Quote meow_tompok 25-3-2022 09:20 PM
org lain lagik la nak bebas hutang, supaya tak perlu stress kena kerja kerja kerja bayar hutang. belajar la takat yg mampu dah berkeluarga pun kena bayar hutang belajar.

Lihat semua komen(199)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.056173 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top