Penyanyi kumpulan UK's, Amir pernah kecewa dengan industri muzik apabila kumpulan yang sudah berusia 25 tahun itu tidak pernah diberi peluang mengadakan konsert besar-besaran.
Amir berkata, bagaimanapun dia tidak pernah berhenti dan mengalah untuk terus mencari penaja bagi merealisasikan impian kumpulan itu. "Selama 25 tahun dalam industri muzik, pada mulanya saya memang sudah kecewa kerana UK's tak pernah diberi peluang langsung. Namun, kami tak pernah berhenti untuk cuba mencari penaja-penaja yang sudi menaja dan menganjurkan konsert untuk kami," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, di usia 50 tahun, dia bersyukur kerana akhirnya UK's berpeluang mengadakan konsert berskala besar iaitu Konsert UK's Reunion 25 Tahun di Istana Budaya, di sini, pada 17 dan 18 Jun ini. "Dalam usia 50 tahun ini, alhamdulillah kami dapat peluang ini. Dah lama kami simpan hasrat untuk mengadakan konsert berskala besar begini," katanya. Konsert UK's Reunion 25 tahun dianjurkan oleh Mac Training Sdn Bhd bersama RCD Concepts Sdn Bhd dan menggabungkan ahli kumpulan UK's iaitu Amir selaku penyanyi, Denil (gitar), Olley (bass) dan Amirul (dram). Tiket-tiket untuk konsert ini sudah mula dijual bermula dengan harga RM111 hingga RM999. -CARI Sumber: Harian Metro |
she replied at 25-3-2022 03:45 PM
Lagu UKs memang sodap semua
Yang tak sodap tu suara si Amir
Masuk Astro ritu pun nyanyi off key semp ...
hotmak replied at 25-3-2022 03:25 PM
tiket jual kat mana, mcm tak nampak org promo pun
she replied at 25-3-2022 03:45 PM
Lagu UKs memang sodap semua
Yang tak sodap tu suara si Amir
Masuk Astro ritu pun nyanyi off key semp ...
mamasaffiya replied at 25-3-2022 08:52 PM
Sebelum covid melanda, dorg pernah buat konsert minggu ini rtm2. Kami pergi angkasapuri tgk live. ...
ADVERTISEMENT