Perkongsian isteri Shuk Sahar di TikTok baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila dia mendedahkan mesej dan panggilan telefon yang tak berjawab dipercayai daripada pelawak itu.
Ramai yang menasihati Sera supaya tidak termakan lagi pujuk rayu lelaki tersebut. Antara komen: "Lebih baik sis move on, bahagiakan diri sis dulu. InsyaAllah life akan lagi better." "Sis you akan jumpa yang lagi baik... percayalah." "Tolonglah jangan terima balik, jangan seksa perasaan sendiri."
Mengulas tentang video tersebut, Sera bagaimanapun menyatakan video tersebt hanyalah pesanan buat para wanita di luar sana. “Sebenarnya itu sekadar video nasihat untuk para isteri dan wanita di luar sana sahaja. Ia lebih kepada nasihat yang kita perlu teruskan hidup walau apa yang berlaku. “Kita perlu buka buku baru untuk mulakan kehidupan baru bersama anak-anak. Saya berharap semua orang dapat mendoakan saya dengan anak-anak,” katanya kepada mStar. Dalam rakaman itu juga Sera seakan-akan menggambarkan kehidupan yang baru dibina itu diganggu oleh seseorang yang menyedari kehilangannya. “Bila kau dah nak mula hidup baru, tiba-tiba orang baru nak hargai." Sementara itu Sera kini sibuk bekerja selepas menjadi wajah produk kecantikan serta menerima tawaran sebagai model. “Alhamdulillah rezeki saya, rezeki anak-anak. Selepas saya berjaya turunkan berat badan yang bermula sebagai pengguna biasa sahaja, saya ditawarkan untuk jadi face off produk Inayah Beauty. “Saya berbesar hati untuk berkerjasama sebab memang saya dah amalkan lama sebelum ditawarkan dan banyak juga tawaran kerja sebagai model dan lain-lain." Pada 18 Mac lalu, Sera mengakui dia ada pergi ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur Jalan Duta namun mahu merahsiakan tujuannya ke sana. Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 dan mempunyai dua orang anak iaitu Nur Qurratu Ain, 5 serta Nur Assyifatu Aimi, 2. -CARI |
bahagiaselalu replied at 25-3-2022 04:30 PM
seorang isteri yang paling bodoh tahap max yg pernah aku jumpa ialah Sera, dah2 la ada gosip dia dan ...
ADVERTISEMENT