CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Orang Macam Ni Memang Patut Kena Sumbat!' - Anzalna

25-3-2022 02:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1857| Komen: 0

Pelakon Anzalna Nasir menitipkan rasa syukur apabila mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada seorang warga Indonesia selepas mengaku salah mendera kanak-kanak lelaki berusia setahun di bawah jagaannya tahun lalu.


Menerusi Insta Stories, Anzalna menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk tidak takut membuat laporan polis apabila berlakunya penderaan terhadap kanak-kanak.


Kredit foto: IG Anzalna

Tambah Anzalna, dia turut berasa berang kerana menyifatkan individu seperti itu seharusnya tidak diberikan peluang dan harus dimasukkan ke dalam penjara.

Memetik laporan dari Harian Metro, baru-baru ini seorang wanita warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas mengakui salah mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun di bawah jagaannya tahun lalu.





Tertuduh juga akan dihantar pulang ke negara asal selepas menjalani hukuman itu kerana turut melakukan  kesalahan mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.059129 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top