Figura versatil cef dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob yang menjalin kerjasama dengan jenama rangkaian kopi terkenal Starbucks menafikan dakwaan dirinya bersikap hidung tinggi dan hanya memilih jenama terkenal untuk berkolaborasi.
Memetik Murai, dia yang turut menjadi wajah istimewa beberapa jenama terkenal lain seperti Tony Roma’s dan Fish Manhattan menjelaskan bahawa dirinya terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan semua pihak. Bagaimanapun, dia akui agak cerewet dalam meletakkan syarat untuk bekerjasama kerana mementingkan pemahaman serta idea yang ingin ditampilkan dalam sesebuah produk. Malah, dia pernah menolak tawaran bekerjasama dengan beberapa jenama popular kerana tidak mencapai idea bersama. “Jujur saya cakap, saya tidak memilih jenama besar atau kecil. Saya pernah bekerjasama dengan sekecil-kecil jenama sebagai contoh jumlah pengikut Instagram baru 9 orang dan saya pernah bekerjasama dengan jenama yang mempunyai jutaan pengikut. “Bagi saya, bukan jenama yang saya cari tetapi ketelusan untuk bersama saya. Ada jenama besar lain yang ingin bekerjasama dengan saya tetapi bila saya bagi idea mereka tidak mahu saya ubah idea mereka. Syarat saya, nak bekerjasama kena benarkan saya masuk dapur dan nak guna muka saya semata-mata jarang saya terima,” kata Fazley kepada Murai.my Tambahnya, selain produk jenama berkenaan pernah dirasa sendiri olehnya, mereka juga perlu terbuka untuk menerima pandangannya untuk tujuan penambahbaikan dan sudi menerima teguran serta kritikan yang membina.
|
MissVixen replied at 25-3-2022 10:14 PM
Kenapa jenama2 ni nak bekerjasama dengan dia? Caprut jadinya. Baik la ambik chef selebriti lain maca ...
Acikgomen replied at 25-3-2022 10:29 PM
Sbb mgmt heshe rajin pi cari job utk heshe walaupun sendooook
Chef selebriti lain samada bizi dgn ...
MissVixen replied at 25-3-2022 10:32 PM
Hebat betul manager dia. Jenama yang terkenal sampai ambik dia.
ADVERTISEMENT