CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Siapa Cipta Allah?" Ustaz Respons Isu Influencer Buat Content Persoal Kewujudan Tuhan

25-3-2022 01:10 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3432| Komen: 33|Original author: Cinta Erina

Sumber: Twitter Ustaz Fahmi


Untuk yang beragama Islam, dari kecil kita sudah didedahkan dengan asas pengajian agama seperti Rukun Islam, Rukun Iman, cara solat, mengaji dan sebagainya. 

Jika kita kita kembali sewaktu zaman tadika, ketika itu cikgu atau ustazah akan menyuruh kita membaca doa, mengaji dan macam-macam lagi.

Apabila dewasa, kita sering melihat pelbagai isu atau persoalan berkaitan agama yang menjadi tular di sosial media. Kadangkala, ada individu mempersoalkan sesuatu perkara yang agak sensitif dan boleh mengelirukan banyak pihak. 

Baru-baru ini, tular di TikTok apabila seorang lelaki memuat naik video menunjukkan dia mempersoalkan siapa yang mencipta Allah SWT.



Video itu membuatkan ramai orang Islam tampil bersuara termasuklah seorang ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Muhammad Fahmiyang memberi respons berkenaan ilmu akidah. 

Sumber: Twitter Ustaz Fahmi

Menerusi akaun Twitter ustaz ini, dia menjelaskan ilmu akidah yang sahih penting untuk kita belajar kerana dari situlah kita dapat membezakan antara Al-Khaliq (Maha Pencipta) dan Al-Makhluq (Makhluk). Dua perkara ini kita tidak boleh samakan. 

Kadangkala, ada perkara kita tidak perlu mempersoalkan lagi-lagi tentang kewujudan Tuhan. 

Sumber: Twitter Ustaz Fahmi

Ustaz Fahmi juga turut mengatakan bahawa soalan seperti ini termasuk dalam waswasah (bisikan syaitan) dan cara terbaik untuk kita mengelakkan persoalan begini timbul adalah dengan memohon perlindungan Allah, baca surah Al-Nas dan ucap آمنت بالله (aku beriman dengan Allah). 

Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari video Tiktok tersebut dan jadikan nasihat ustaz ini sebagai satu amalan dalam kehidupan seharian kita.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rahsier 25-3-2022 01:26 PM
Tiktok ni banyak benda yg merepek dari yg elok
Quote axl_bach 25-3-2022 01:29 PM
Xsalah pun nk buat persoalan siapa yg cipta Allah,  asalkan dgn niat ikhlas utk cari kebenaran dan menggunakan sumber agama yg sahih utk menemukan jawapannya.

Sbb jawapan akhirnya adalah Allahu huwa Al Khaliq.... Lam yalid walam yulad walam yakullahu kufuwan ahad...

Tp semata2 buat konten demi like dan nk persenda agama mmg haram jadah lah...
Quote umbut 25-3-2022 01:56 PM
Biarlah budak tu nak tanya. Knp lobai sentap.. bagilah jawapan ker x pandai nak jawab. Benda ni masa aku kecik2 pun tertanya. Pastu kawan aku
ckp x leh tanya nanti gila...
Sebab tu penting org2 cam zakir naik. Ceramah2 dia menerangkan apa yg kita nak tau terutama soalan dari golongan atheist dan non muslim sampai ramai yg masuk islam
Quote sharlenetexas 25-3-2022 02:10 PM
Nak terfikir terlintas boleh. Tapi jgn terbawa2 sampai takde hujung. Silap fikir dan tak boleh carry boleh gila isim dik oi.

Quote orenmango 25-3-2022 02:13 PM
Ini menunjukkan betapa kerdil dan limitednya kita dan pemikiran kita. Tak mampu nak fikir bahawa makhluk adalah  sesuatu yang diciptakan. Manakala adanya Tuhan yang tidak memerlukan sifat diciptakan.
Quote kemaruk 25-3-2022 02:22 PM
kalau buah epal jatuh dari pokok ke tanah, adakah bulan pon akan jatuh ke tanah jugak
Quote white_musk 25-3-2022 02:44 PM
Bulan jatuh ke riba bang kem
Quote Orix 25-3-2022 02:57 PM
bagus budak tu, at least dia berfikir.... bukan mcm sesetengah ummah bengap benak ikut kepala lobai sajokk...
Quote namr 25-3-2022 04:46 PM
Dulu masa masih budak2 belum baligh aku tanya soalan2 mcm ni kat apak aku jua
Quote nolya 25-3-2022 05:03 PM
Edited by nolya at 25-3-2022 05:10 PM
kemaruk replied at 25-3-2022 02:22 PM
kalau buah epal jatuh dari pokok ke tanah, adakah bulan pon akan jatuh ke tanah jugak



Antara epal dn bulan, dua benda yg sangat berbeza dn diciptakan Allah juga dgn fungsinya yg berbeza. Epal diktegorikan makanan yg ada gizinya sedangkan bulan adalah salah satu cakrawala dgn fungsinya yg teristimewa dn tersendiri. Tapi kalau kueh bulan,  ha ha, yg itu boleh dibuat, dibakar kemudian dimakan.  Sedaaaap...

Quote nolya 25-3-2022 05:14 PM
Sbg anak Islam, maka wajiblah belajar ilmu Tauhid, kenali sifat2 Allah,  belek ke dlm sanubari diri sendiri, cari pengenalan diri,  mengaji dn blj, fahami tafsirannya. Tafsiran surah Al-Ikhlas dpt menolong dptkan jawapannya.  
Quote kakikuDibibirmu 25-3-2022 06:24 PM
Atheist tersenyum sinis
Quote cecari 25-3-2022 07:27 PM
umbut replied at 25-3-2022 01:56 PM
Biarlah budak tu nak tanya. Knp lobai sentap.. bagilah jawapan ker x pandai nak jawab. Benda ni masa ...

nak tanya kena kat titok je...  pi la tanya pada ahlinya... bahlol sungguh hang ni
Quote gigahertz 25-3-2022 07:48 PM
namr replied at 25-3-2022 08:46 AM
Dulu masa masih budak2 belum baligh aku tanya soalan2 mcm ni kat apak aku jua

Budak sekarang dah advanced.
diaorang tanya Malaikat Jibrail kerja apa sekarang ?

Quote umbut 25-3-2022 07:50 PM
cecari replied at 25-3-2022 07:27 PM
nak tanya kena kat titok je...  pi la tanya pada ahlinya... bahlol sungguh hang ni

Kaulah bahlollllllll
Quote cmf_premierleag 25-3-2022 07:53 PM
umbut replied at 25-3-2022 01:56 PM
Biarlah budak tu nak tanya. Knp lobai sentap.. bagilah jawapan ker x pandai nak jawab. Benda ni masa ...

kann...sbg ustaz,takyah menghukum
nama ko ustaz kan...pi la explain kat budak tu
apa dia ingat dia ustaz, dia moliaaaa sgt kaaaa
Nabi Musa pun pernah soal gimana rupa Tuhan dan dia juga dapat bertemu sama Allah
Nabi Ibrahim pun pernah query
Nabi Muhammad pun pernah query
acik2 kepam dan mat rempit porem jgn tanya mana akak baca sume ni...korang yg x pegi kelas agama.pi study sendiri surah mana etc etc.
Quote FOTHER-MUCKER 25-3-2022 07:54 PM
Kenapa pula tak boleh tanya siapa yang mencipta kan tuhan jika dia mahukan jawapan?

Quote FOTHER-MUCKER 25-3-2022 07:59 PM
Lobai memang bodoh pun kerana mereka tidak faham  apa tugas mereka sebagai ahli ugama.

Sendiri yang nak jadi lobai tetapi merasa terhina jika ada orang tanya siapa yang jadikan tuhan. Sepatutnya jawab lah dengan kepandaian kamu sebagai ahli persatuan lobai lobai Malaya!
Quote stingerkentot 25-3-2022 08:03 PM
Org tak tahu sebab tu org tanya. Itu bukan jwp seorang ugamawan. Ustaz pun… cringe.. lemah.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.162824 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top