Lumrah bagi kanak-kanak yang baru masuk bersekolah, mendapat kenalan baru merupakan perkara dinanti-nantikan di sekolah. Walaubagaimanapun, tidak semua pelajar mempunyai peluang itu. Seperti kisah yang akan diceritakan berkenaan pelajar ini apabila permulaan alam persekolahannya ternyata tidak berjalan dengan baik.
Baru-baru ini, seorang ibu yang dikenali sebagai cintaaini telah berkongsikan kisah berkenaan anaknya di akaun Tiktok miliknya. Menerusi video tersebut anak perempuannya yang baru berusia 7 tahun memberitahu bahawa dirinya dipulaukan rakan sebaya kerana berkulit gelap. Hati ibu mana yang tidak sedih mendengar kata-kata itu. Yang memburukkan lagi keadaan apabila anaknya memberitahu bahawa dia dimaki tanpa sebab ketika berada di sekolah. Menurut wanita ini, anak perempuannya itu selalu menangis setiap kali pulang dari sekolah. Sebagai seorang ibu, semestinya hatinya sedih kerana tidak sangka anaknya diperlakukan sebegitu hanya kerana warna kulit. Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen yang tampil untuk meluahkan rasa kesal dengan kelakuan pelajar pada zaman ini yang dikatakan semakin tidak bermoral dan tidak beradab. -CARI |
ADVERTISEMENT