Masih diberi kepercayaan untuk menggalas tugas sebagai duta produk kecantikan, selebriti serba boleh, Didie Alias, meluahkan rasa syukur masih dilihat kekal relevan meski sedar usianya sudah menjangkau 49 tahun.
Malah, kerana karektornya yang sering dilihat ‘gila-gila’ ada yang sehingga menggelar dirinya sebagai nenek vogue dan ia menjadi satu kelebihan buat Didie dalam menguruskan kerjaya seninya. “Ini merupakan tawaran yang menggembirakan buat saya. Siapa sangka, dalam usia saya 49 tahun ini, masih ada jenama penjagaan wajah yang sudi memilih mami (Didie) sebagai duta mereka.
“Jadi, kegembiraan itu mami ingin kongsikan bersama peminat saya di luar sana tak kira wanita mahupun lelaki untuk sama-sama memiliki kulit wajah yang cantik dengan menggunakan produk keluaran AISEL. ”Bagi mami mudah saja, kecantikan itu adalah kunci utama buat wanita dalam segenap usia,” katanya.
Menurut Didie, dia sebenarnya mempunyai masalah kulit agak sensitif dan disebabkan itu dia perlu mencuba sesuatu produk terlebih dahulu. “Saya ni sangat cerewet, muka mami pun sensitif, kalau salah pakai risau jadi muka siapa pula. “Mami cuba dulu sekurang-kurangnya tiga bulan, muka makin bersih,” katanya.
Menarik minatnya untuk mengulas mengenai ‘gurauan’ yang kononnya dia dibayar sebanyak RM1.5 juta sebagai duta produk tersebut, Didie tertawa kecil. Pun begitu, tanpa mengiyakan atau menidakkan jumlah berkenaan, Didie menjelaskan harganya berpatutan dan mendapat persetujuan bersama.
“RM1.5 Juta? Alamak… saya bergurau sahajalah! “Beginilah, harga yang saya letak masih dikira berpatutan, kita baru tempoh dua tiga bulan kenal, dia pun nak tengok persembahan dan progres kita. Bagi saya buat sehabis baik. “Jika nak sambung kontrak terpulang pada Madam Aisel. Apa yang dibincang sama, kami berdua bersetuju,” katanya.
Sementara itu, menurut pengasas AISEL, Madam Aisel, pemilihan Didie Alias adalah simbol ‘lagi tua, lagi menjadi’ yang sememangnya sesuai dengan penyampaian mesej AISEL itu sendiri iaitu ‘age is just a number’. “Perlantikkan Didie Alias sebagai duta AISEL ialah dalam menyampaikan kesedaran kepada orang ramai, bukan sahaja tentang produk tetapi yang paling utama ialah tentang idealogi kami untuk menggalakkan orang bersifat berani, berketerampilan dan yakin terhadap diri sendiri dalam apa jua keadaan dan cabaran. “Saya berharap, produk keluaran Aisel boleh membantu semua kekal cantik dan aktif walaupun sedang meningkat usia,” katanya.
Madam Aisel dan Didie Alias berkata demikian ketika majlis pelancaran produl AISEL di Cornerstone IPC Glass House, semalam. Untuk rekod, nama AISEL diambil daripada perkataan dalam Bahasa Azerbaijan yang membawa maksud pantulan cahaya bulan di permukaan air. Produk keluaran AISEL diperbuat sepenuhnya dari bahan semula jadi, seperti ekstrak tumbuh-tumbuhan hijau sepertiteh hijau, pegaga, biji bunga teratai, kulit beras, dan shea butter. -CARI Sumber: Utusan Online
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|