CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Risau Usia Makin Tua, Fazura Nak Tambah Anak Lagi

25-3-2022 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3799| Komen: 20

Walaupun tidak merancang soal cahaya mata, pelakon Nur Fazura, 38, mengakui perlu menambah zuriat memandangkan usianya yang semakin meningkat.

Bersyukur suami yang juga pelakon, Fattah Amin tidak meletakkan tekanan berhubung soal itu, Fazura perlu menyusun jadual hariannya sebaik mungkin.

Foto: IG

"Saya memang ada perancangan untuk menambah cahaya mata tetapi jadual kerja begitu padat. Apatah lagi saya juga semakin aktif dalam bidang perniagaan, jadi rutin harian kini semakin sarat dengan pelbagai aktiviti.

"Dalam pada itu, saya memahami usia juga semakin meningkat dan perlu memikirkan soal menambah zuriat. Jadi tidak boleh hendak melengahkan masa dan sebagainya," katanya.


Fazura berkata, ramai yang bertanya mengenai perancangannya untuk mendapatkan seorang lagi anak sekali gus menambah bilangan ahli keluarganya.



Walaupun sudah mendapatkan semula bentuk badannya, Fazura masih mahu mendapatkan seorang lagi cahaya mata lebih-lebih lagi suami turut mahukannya.

Berkongsi mengenai berat badan ketika hamil, Fazura pernah mencecah sehingga 76 kilogram (kg) ketika mengandungkan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya yang kini berusia setahun lima bulan.



"Ketika hamil, saya mendengar nasihat orang sekeliling yang menyuruh saya makan mengikut nafsu bagi mendapatkan bayi comel dan gebu. Minuman kegemaran pula milo ais tabur, yang boleh dikatakan setiap hari saya minum.

"Selepas bersalin, saya mengambil masa yang lama untuk menurunkan berat badan. Akhirnya kini saya mendapat berat ideal iaitu 54 kg. Tiada jalan pintas, saya perlu menjaga pemakan dan mencuri masa untuk bersenam.

"Pada sebelah pagi, saya minum air kosong bersama lemon manakala tengah hari saya akan ambil hidangan berat seperti nasi dan sebagainya. Kali terakhir saya makan adalah pada jam 6 petang dan sekiranya lapar, saya akan makan buah," katanya.



Sementara itu, pelakon filem Dendam Pontianak itu mengakui sangat merindui suasana di set penggambaran, namun status sebagai seorang ibu membuatkan dia terpaksa melupakan keinginannya buat sementara waktu.

"Saya selalu ditanya sama ada rindu untuk berada di set penggambaran atau tidak? Jawapannya adalah sentiasa ya.

"Malah, menjadi pelakon ialah minat nombor satu saya, tapi selepas bergelar ibu, hendak meninggalkan anak selama beberapa jam pun rasa berat hati.

"Apatah lagi kini saya mempunyai cabang lain iaitu perniagaan pula. Sekiranya menerima tawaran, saya perlu lebih memilih dengan watak yang diberikan. Biarlah watak itu mempunyai impak dan memberi mesej yang baik," katanya.



Mengulas mengenai pembabitan dalam bidang perniagaan, Fazura bersyukur dengan rezeki yang Allah SWT melimpah ruah untuk cabang itu.

Memegang moto 'Harga Mampu Milik', Fazura turut menggunakan slogan yang sama buat produk keluaran suaminya.



"Saya mahu semua orang boleh pakai. Contoh ke mana saja saya nampak orang pakai tudung dan beg saya. Apabila ada yang memuji kreativiti dan produk keluaran saya, hanya perasaan syukur dan terharu yang mampu diluahkan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rifaa 25-3-2022 11:41 AM
sila tambahhh...jgn segan2
Quote tipah89 25-3-2022 11:43 AM
baka herlok pi lah beranak sekapal ponnn
Quote friedfishsoup 25-3-2022 11:43 AM
Ok go for it
Quote missHaidiD 25-3-2022 11:45 AM
Beranak la faz. Dpt baby boy pulak. Moga ensem cm apaknya timah
Quote nottyyuni 25-3-2022 11:49 AM
Jangan sembang kuat2..bunga masuk kang mampuih kita..
Quote ACC106 25-3-2022 11:57 AM
Nak tambah anak pun nak kena inform/uar-uar pada orang lain ehhh

Komen diatas ni selalu ada bila ada thread artis nak tambah anak
Quote afie_m 25-3-2022 12:46 PM
semoga dipermudahkan..mn tahu lepas ni baby boy
Quote auntyonion 25-3-2022 12:47 PM
Sambil2 baca ni aunty doakan sekali utk faz n fa..mintak2 adalah doa yg sampai sempena penghulu segala hari ni
Quote babelina 25-3-2022 01:12 PM
moga dpt ank lelaki.. amin yra.. inshaAllah rezki Allah dpt la nanti..
Quote nazurah 25-3-2022 01:15 PM
semoga cepat mengandung lagi faz... tambah lagi 2-3 masih sempat...hehe
Quote Lavender_Violet 25-3-2022 01:19 PM
Senangnya sheols turunkan berat badan dpt berat ideal balik

Btw, pic close up tu, kedutan2 di mata dah mula appear....
Quote BoongaKertas 25-3-2022 01:32 PM
moga dipermudahkan hendaknya kaka fazz. sbb timoh muka fattah, hope baby boy muka fazzy yg lawo tp versi babyboy.
Quote jihyomelly 25-3-2022 01:34 PM
tambah la baka elok..laki bini pun xde bising sapa beli beras sapa masak sapa bayar duit rmh..dendiam nyaman hidup 3 branak ni..
Quote Lorra2411 25-3-2022 01:58 PM
tambah je sementara ada masa lagi ni... iolss doa kan yg baik-baik utk Faz and Fattah...
Quote Kepot 25-3-2022 02:11 PM
jom kaka faz kita tambah sama-sama
Quote cintasuraya 25-3-2022 02:14 PM
Saja buat tajuk gempak makin tua

Dh lah TT ni Ciduk cerita reporter metro

Untuk buat thread

padahal tak ada pun ayat dia risau usia makin tua

Cerita dan tajuk sebenar



Quote rbmy 25-3-2022 02:15 PM
rifaa replied at 25-3-2022 11:41 AM
sila tambahhh...jgn segan2

nanti umi bilal followwww
Quote cintasuraya 25-3-2022 02:17 PM
ACC106 replied at 25-3-2022 11:57 AM
Nak tambah anak pun nak kena inform/uar-uar pada orang lain ehhh

Komen diatas ni selalu ada b ...

Uols dia ditanya reporter psl hal tu

Kena la jawab

Tujuan asal panggil tuk promo business ja
Quote wolfheart 25-3-2022 02:19 PM
Semoga cepat2 dpt baby boy pulak lepas ni.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.072645 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top