Pelakon dan pendakwah muda, Haris Ismail tampil menjelaskan maksud ayat 'rumah saya bayar, barang mentah saya beli. Takkan suami kena belajar masak' yang diungkapkan ketika menjadi tetamu jemputan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Gara-gara kenyataan berkenaan, ia seolah-olah memberikan gambaran bahawa Haris sama sekali tidak menghulurkan bantuan dalam urusan rumah tangga hanya kerana atas alasan yang dinyatakan itu.
Menerusi TikTok, Haris berkata, andai didengari dengan hati terbuka, ia bermaksud seorang isteri itu dianjurkan untuk masak namun tidak menjadi kesalahan andai tidak sempat melakukan tugas rumah tangga itu.
"Di Twitter ada satu tulisan menyatakan Haris menyuruh isteri membawa masuk beras ke dalam rumah. Bukan itu maksudnya kalau didengar betul-betul dengan hati terbuka. Ia bermaksud supaya isteri dianjurkan untuk masak.
"Tapi, kalau ada kerja dan tanggungjawab di luar, kalau tak sempat tak menjadi satu dosa dan masalah. Berbalik pada video ini, apa yang nak disampaikan adalah seorang lelaki wajib menyediakan tempat tinggal tak kisah beli atau sewa maka dia boleh berkahwin atau dianjurkan untuk berkahwin.
"Tidak boleh suruh isteri angkat beras berat-berat masuk rumah. Tak boleh minta isteri baiki bumbung bocor. Itu perkara yang menzalimi," katanya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Tolong jelaskan sekali bab mertua haram campur hal rumahtangga anak. Ini kan topik hari wanita, mak mertua harus di ibaratkan sbg ibu sendiri, kena buat baik pada dia, kadangkala kena tengok sudut ibubapa tu prihatin dgn keadaan anaknya bukan bermaksud utk campur hal rumahtangga. Hal dgn mertua perlu di kupas tanpa perlu hilang rasa hormat. Anyway ini bukan sesi counselling rumahtangga perlu di bawa masuk hal mertua sekali.
PS. Part ini takde dlm video di tiktok tu tapi ada termasuk dlm topik perbualan pu sempena hari wanita.
Kalau i ni puyu, parents kaya, bini buat duit, i focus further study je la sampai PhD. Ko main tiktok buat lagi sakit kepala la puyu. Baik ko guna otak tu utk buat assignment lagi bagus.
beza bwtul puris ni before and after kawen dgn jah.
dari org tak kenal sampai dia tkenal sbb kawen dgn jah.
attitude pun berubah 360 mcm jah yg menumpang dia.