Aksi memukau pemain sayap negara, Akhyar Rashid yang menarik perhatian jutaan peminat bola sepak tempatan sebenarnya turut mendapat pujian dari pelakon cantik molek, Eyka Farhana.
Eyka yang dikaitkan menjalin cinta dengan Akhyar, mengucapkan tahniah di atas kemenangan skuad Harimau Malaya yang berjaya menewaskan pasukan Filipina dengan 2-0 dalam aksi persahabatan Siri Tiga Negara di Stadium Nasional, Singapura, malam tadi. Paling mengujakan, sudah pastinya kemenangan ke atas pasukan di ranking 129 dunia itu adalah hasil sumbangan dua jaringan Akhyar pada babak pertama sekaligus membanggakan Eyka. "Tahniah. Sangat bangga dengan awak," tulis Eyka di laman story Instagramnya berserta emoji 'love' yang mungkin menandakan yang sememangnya mereka berdua sedang dilamun cinta.
Terdahulu, hubungan Eyka dan Akhyar mula dihidu apabila menerima kejutan sambutan hari lahir ke-25 dua tahun lalu. Namun Eyka enggan terlalu terbuka berbicara soal cinta, namun mengakui menyenangi karakter Akhyar yang disifatkan kelakar, baik hati dan mementingkan keluarga.
|
ADVERTISEMENT