CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sissy Iman Menderita- Alami Batuk Berterusan, Alahan Teruk Sampai Naik Ruam Gatal

25-3-2022 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1316| Komen: 5

Gara-gara mengambil beberapa ubat akibat batuk berterusan, penyanyi dan pengacara Sissy Imann mengalami alahan yang teruk sehingga naik ruam gatal di lutut kakinya.


Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil​ berkata, suaranya juga hilang disebabkan sakit tekak.

Foto: IG

"Alhamdulillah, keadaan saya okay saja. Cuma saya batuk dah seminggu. Bila waktu siang dah kurang batuk tapi malam memang masih teruk.

"Disebabkan batuk, jadi sakit tekak dan suara pun hilang. Alahan ini baru kena lepas makan ubat. Harap alahan yang saya kena ini akan hilang," katanya kepada mStar.


Terdahulu, penyanyi lagu Namaku Padamu itu memuat naik foto di Instastory memperlihatkan bahagian lutut kakinya yang dipenuhi ruam gatal.

Menerusi kapsyen di foto tersebut, Sissy memberitahu dia sukar untuk tidur disebabkan batuk dan alahan yang dialaminya.


Dalam pada itu, penyanyi berusia 26 tahun ini mendedahkan dia sememangnya mempunyai masalah alahan sejak di bangku sekolah.



Menurut Sissy yang juga seorang pelakon, dia akan ke unit kecemasan untuk mendapatkan suntikan setiap kali diserang alahan.

"Memang selalu kena sejak sekolah. Tapi kali ni tak tahu sebab apa. Dulu saya allergic MSG. Dulu masa musim jerebu pun jadi teruk.

"Hari ini punca tak tahu apa. Kadang-kadang sekejap saja alahan. Lagi-lagi kalau pergi hospital ambil suntikan.



"Setiap tahun saya memang akan kena. Lepas itu akan pergi unit kecemasan dan suntik ubat bila rasa macam gatal sampai ke tekak dan susah nafas.

"Tapi tahun lalu, tak kena pula. Kali ini kena tapi rasa-rasanya masih boleh kawal lagi dengan makan ubat... Insya-Allah," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 25-3-2022 10:22 AM
Kobik kot.. tp tak sedo kena kobik
Quote umbut 25-3-2022 01:47 PM
Senduuuuuuu
Quote supernaturalee 26-3-2022 12:50 AM
X sakit tekak pun suara kau x sedap pung

Quote shernazz 26-3-2022 09:34 PM
Sissy sembah mesti suka sissy imann ni..
Iols slalu kena allergy ni..bila pegang kucing
Tp iols pegang je kucing..hahaha
Quote fairiza 27-3-2022 08:03 AM
Dia ni sll ada masalah kn? Hari tu muka dia breakout teruk. Kesian tgk.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.031740 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top