CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bersentuhan Dengan Pelakon Lelaki, Suami Izinkan Nad Zainal Jadi Penggoda

25-3-2022 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4685| Komen: 41

Nad Zainal dan Fasha Sandha sudah berbincang dan mendapatkan keizinan daripada suami ma­sing-masing bagi menjayakan watak utama dalam drama Dendam Seorang Isteri.


Selain meminta izin pasa­ngan, Nad dan Fasha juga telah berjumpa dengan isteri pelakon lelaki dalam drama tersebut iaitu Wan Raja dan Aidit Noh untuk meminta izin supaya tidak timbul sebarang masalah kelak.

Foto: IG

Ujar Nad, 32, dia perlu meminta kei­zinan suaminya, Muhammad Faliq kerana memegang watak wanita penggoda bernama Kirana dalam drama tersebut.

“Saya takut dengan babak perlu menggoda Wan Raja. Banyak yang bermain dalam fikiran termasuk stigma masyarakat tetapi saya terpaksa cakap pada suami dan meminta maaf kerana perlu bekerja (berlakon),” katanya ketika ditemui pada majlis Ramadan Astro kelmarin.




Farah Nadia Zainal Abidin itu memberitahu, sepanjang menjalani penggambaran drama tersebut, dia bersama pelakon-pelakon lain banyak berbincang sesama sendiri untuk menjaga nama baik masing-masing.

“Kami banyak berbincang kera­na kesemua pelakon sudah berkahwin,” kata Nad.



Sementara itu, Fasha Sandha, 37, memberitahu, walaupun sudah diberi keizinan, mereka perlu tahu batas-batas supaya tidak timbul salah faham.

“Walaupun sudah diberi kei­zinan, kami masih perlu menjaga nama baik suami dan juga isteri masing-masing,” ujarnya.


Diminta mengulas mengenai kontroversi ‘babak panas’ pelakon Zul Ariffin, Nad dan Fasha enggan mengulas lanjut dan memilih untuk tidak berkongsi apa-apa kerana bimbang tersalah cakap.

“Tiada komen. Saya tidak tahu hendak cakap apa, takut disalahertikan nanti. Lagipun kami dalam industri yang sama,” jelas Fasha.


Bagi Nad pula, dia hanya akan berkongsi babak dalam drama lakonannya mengikut bahan yang diberikan oleh pihak produksi selepas mendapat kelulusan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 25-3-2022 10:20 AM
untungla.. suami memasing bg izin..
Quote SherryZass 25-3-2022 10:36 AM
tak bagi karang, tak masyukkk pulaakk
Quote 3chanceno 25-3-2022 10:48 AM
Nie pun nak kecoh eh? Kalo dah mintak izin somi, maknanya tak berdosa ke buat adegan tu? Konpius meols dgn retis2 nie
Quote Prickford 25-3-2022 10:55 AM
Ala iolls kenal laki heolls ni. Sebelum ni biawak hidup kan. Abang kepada laki heolls ni dulu bekas ipar Jenglot, kawin betul2 sekejap la macam sekadar penyedap dapat masuk clan VVIP. So iolls memang mark dah laki Nad ni spesis macam abang heolls jugak. Seposen pon takde!
Quote tomaz 25-3-2022 11:32 AM
Huduss betul rambut memasing dlm citer ni
Quote elzy 25-3-2022 11:47 AM
Okaylah tu suami dia sanggup tanggung dosa isteri..
Quote tomiko_haza 25-3-2022 12:13 PM
“Saya takut dengan babak perlu menggoda Wan Raja. Banyak yang bermain dalam fikiran termasuk stigma masyarakat tetapi saya terpaksa cakap pada suami dan meminta maaf kerana perlu bekerja (berlakon),” katanya ketika ditemui pada majlis Ramadan Astro kelmarin.

tu baru stigma masyarakat ko dh takut belum lagi hukuman Allah huhu. bukan tak tau tapi saje buat2 tk faham.
Quote cheezel 25-3-2022 12:22 PM
Biarla dia. Laki dia bagi. Kau yg kecoh. Dasar netizen meleis gemok
Quote white_musk 25-3-2022 12:27 PM
Asalkan adik nad yang cantik itu haappy saja
Quote mendeluk 25-3-2022 12:27 PM
Dia ini makin lama makin lawa pulak. Dulu appearance macam budak2 ribena and tomboy
Quote auntyonion 25-3-2022 12:40 PM
Teringat plak dulu FA pernah kena panggil dayus oleh pencetus umpatan syed sbb baca berita metroll..yg ni piyu syed taknak buat surat terbuka juga ke
Quote sambaldurian 25-3-2022 01:11 PM
Bg aku korg yg xleh tgk isteri org berlakon, bkn mahram berpeluk bersentuh tutup jela tv tu. Mcm aku mmg x suka tgk isteri org jd heroin nk citer korea, thailand. Kn nk cium2 hero. So xde feel aku nk tgk. Citer melayu mmg jarang aku tgk. Mcm aku mmg dilahirkan berfikiran sekular, so aku mmg x berkenan klu kena dakwah gitu. Janji jgn buat masalah. Mcm aku sng citer x tgk citer melayu, mata and hati pun x sakit klu x kena adat. Sbb dorg keje cari duit. Klu takat dakwah2, sindir2 tu. Korg nk bg dorg duit ke. Gituuuu.
Quote rahsier 25-3-2022 01:14 PM
Kdg2 aku terfikir, suami atau isteri pelakon ni xjeles ke kalau partner diorang berlakon dgn pelakon lain? Adegan mesra2.. kalau laki aku, aku dah suruh dia berhenti jadi pelakon
Quote makton 25-3-2022 01:16 PM
nad & pasah dua2 nampak gundu.
mcm acik2 sgt. tak sesuai la jadi heroin dah
Quote Duriand24 25-3-2022 01:19 PM
Dayus much??
Quote Duriand24 25-3-2022 01:21 PM
rahsier replied at 25-3-2022 01:14 PM
Kdg2 aku terfikir, suami atau isteri pelakon ni xjeles ke kalau partner diorang berlakon dgn pelakon ...

Betul husband iols siap warning jgn lunch dgn officemate lelaki kah2. Dia pun buat the same. Kalo i mintak jd peggoda rasanya kna cerai talak 3 terus kot
Quote rahsier 25-3-2022 01:23 PM
Duriand24 replied at 25-3-2022 01:21 PM
Betul husband iols siap warning jgn lunch dgn officemate lelaki kah2. Dia pun buat the same. Kalo  ...

Hahahahaha adoiii.. my ofismate smpi husband dia tak bagi naik kereta kalau ada lelaki.. kena naik ngan perempuan je.. gilo
Quote razzia 25-3-2022 01:30 PM
asben i all jugak sporting
Quote umbut 25-3-2022 01:42 PM
Tutup je lah industri hiburan ni. Semua benda nak jadi isu. 24 jam dosa haram dosa haram. Dah semua benda dosa. Tutup je tv gi ngaji sembahyang dgr ceramah. Baru puas hati netz kan

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.191602 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top