CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rita Nadira Tak Kisah Dilabel Jalang

25-3-2022 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3604| Komen: 26

Pelakon dan model cantik Rita Nadira mengakui langsung tidak takut jika dilabel netizen sebagai seorang wanita jahat dan jalang.

Rita memberitahu, setakat ini dia sangat selesa dan langsung tidak berkecil hati seandainya lebih dikenali dengan gelaran sedemikian asalkan dapat menjiwai watak lakonan yang diberi dengan baik.

Foto: IG

“Sejujurnya saya sendiri sebenarnya sangat seronok membawa watak antagonis daripada watak baik dan lemah lembut.

“Bukan kata tiada tawaran dapat bawa baik-baik macam wanita kampung ke sopan ke, tapi buat sementara ini saya lebih memilih dan selesa membawa watak sedemikian. Itu memang jiwa saya.


“Mungkin daripada situ jugalah, watak jahat yang saya bawakan itu menjadi sekali gus membuatkan mereka mengenali dan membenci insan bernama Rita Nadira walaupun tidak mengenali saya secara peribadi,” katanya.


Rita ditemui ketika majlis pelancaran kempen Ramadan 2022 Astro dan sesi memperkenalkan duta kempen tersebut di ibu kota semalam.

Ditanya mengenai popularitinya yang kian meningkat naik walaupun baru setahun jagung berlakon, Rita yang popular menerusi drama Tak Sempurna Mencintaimu itu berkata, dia sendiri langsung tidak menyangka perkara tersebut dan menerima sebagai rezeki.


“Saya sendiri pun tak sangka orang lebih kenal dan terima lakonan saya dengan pelbagai watak antagonis yang saya bawakan selama ini.

“Walaupun dikenali dan sering menjadi bahan kecaman serta maki hamun gara-gara watak yang dibawakan, saya okey sahaja walaupun pada awalnya ada sedikit rasa takut serta janggal.

“Tapi pada saya ini semua rezeki. Apa yang penting, walaupun ‘dibenci’, saya lagi semangat untuk membawakan apa sahaja watak yang dipertanggungjawabkan dengan sehabis baik hingga meninggalkan impak kepada penonton seperti sekarang,” katanya.



Rita, 28, sebelum ini bergiat aktif dalam bidang peragaan sebagai model memulakan debut sebagai pelakon pada 2020 menerusi drama perdana, Jujurlah Nikahi Aku. – CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 25-3-2022 10:37 AM
Cantiknya awak ni.. Simple elegance
Quote Jijoli 25-3-2022 11:05 AM
Dia ni adik Rita Rudaini ke muka cam iras je
Quote mendeluk 25-3-2022 12:06 PM
Teringin sangaaaat nak tengok director buat satu movie ada dia,
Elvina, Zahirah and maybe Amelia. Circle girls pergi trip pastu facing accident ke apa mesti Meletop
Quote pearl.silver 25-3-2022 12:07 PM
Patut la tinggi lampa
Mode rupanya
Muka dia mcm zahirah versi pure malay
Quote dua_chzy 25-3-2022 12:10 PM
pearl.silver replied at 25-3-2022 04:07 AM
Patut la tinggi lampa
Mode rupanya
Muka dia mcm zahirah versi pure malay

Ini bukan muka pure Malay. Nampak macam ada darah mamak.
Quote selipar_hijau 25-3-2022 12:39 PM
dua_chzy replied at 25-3-2022 12:10 PM
Ini bukan muka pure Malay. Nampak macam ada darah mamak.

pure malay tu mcm ellie suriati la kot (wajah zaman muda dia, bukan zaman skrg ye)
Quote dua_chzy 25-3-2022 12:40 PM
selipar_hijau replied at 25-3-2022 04:39 AM
pure malay tu mcm ellie suriati la kot (wajah zaman muda dia, bukan zaman skrg ye)

Fazura, Umie Nazira tu pun pyor blood kan? Ellie tu macam Ndon ja. Nama pun Suriati.
Quote selipar_hijau 25-3-2022 12:45 PM
dua_chzy replied at 25-3-2022 12:40 PM
Fazura, Umie Nazira tu pun pyor blood kan? Ellie tu macam Ndon ja. Nama pun Suriati.

ye tak ye jugak tang suriati tu
Quote pearl.silver 25-3-2022 02:57 PM
dua_chzy replied at 25-3-2022 12:10 PM
Ini bukan muka pure Malay. Nampak macam ada darah mamak.

Hahahaaa ok..
Mata i kero
Quote krustykrab 25-3-2022 03:08 PM
Dia ni ada iras nurul laki perancis jual herbalife ex ajai tu...
Quote krustykrab 25-3-2022 03:10 PM
dua_chzy replied at 25-3-2022 12:40 PM
Fazura, Umie Nazira tu pun pyor blood kan? Ellie tu macam Ndon ja. Nama pun Suriati.

Kwn iol dulu ada nama suriati tp muka mcm yenna, marah tol bila org tanya ada darah yenna
Quote pakwetizzaqyah 25-3-2022 10:33 PM
mami pineng ke ni???
Quote mamajawie 25-3-2022 11:01 PM
Dia ni kalau jadi heroin si fikri ibrahim muka serasi..sma2 muka DKK
Quote MissVixen 25-3-2022 11:06 PM
Cantiknyaaaa dia ni. Badan pun perfect
Quote yoppoy 25-3-2022 11:10 PM
Sheols ada rupa, sayang suka main watak jalang pulak. Pernah tengok dia cerita slot bulan puasa last year, time tu je la pasang cite melayu tunggu azan
Quote KBW2 26-3-2022 10:38 AM
Lawaaa dia ni
Quote Hoola 26-3-2022 11:18 AM
Iras rita rudaini, suara pun seakan2,nama pun sama
Quote cmf_premierleag 26-3-2022 11:51 AM
mcm zahirah mc wilson versi melayu
Quote TomyamPuteh 26-3-2022 01:49 PM
Mula2 aku ingtkn dia ni Zahirah masa belakon dlm drama kalau dah suka tu.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.037437 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top