CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Harini Pedang Aku Kenal Pokya Jah" – Drama Pok Ya Cong Codei : Memburu Siti Cetus Fenomena

25-3-2022 01:08 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 15987| Komen: 86



Bagi yang pernah menonton drama bersiri Pok Ya Cong Codei pada 2018 yang lalu pasti tidak sabar menantikan sambungan drama tersebut yang mana pernah menjadi fenomena di negara kita ketika itu.

Kini, drama bersiri Pok Ya Cong Codei : Memburu Siti yang mula disiarkan pada 21 Mac 2022 di Astro Ria berjaya mengubat hati peminat yang sudah lama menunggu kisah selanjutnya.

Drama kali ini lebih mengujakan peminat apabila turut menampilkan pelakon lejen tanah air iaitu Eman Manan yang membawakan watak sebagai Muda Primula bergandingan bersama pengarah tersohor, Sabri Yunus yang juga merupakan pelakon utama iaitu Pok Ya.


Baru empat hari sekuel ditayangkan, drama ini telah menjadi bualan dan membuatkan peminat meremang bulu roma melihat aksi gandingan mereka di samping barisan pelakon lain seperti Farid Kamil, Wan Hanafi Su, Issey Titan, Saidi Sabri, Angeline Tan, Asrulfaizal Kamaruzaman, Zee Khan Hussein dan ramai lagi.

Sabri menambah, antara pelakon yang tidak dikekalkan untuk projek drama bersiri itu adalah Fikry Ibrahim dan Uqasha Senrose.

"Kedua-dua watak ini tidak dikekalkan kerana kisah mereka sudah ditamatkan dalam telefilem'' katanya.

Ramai berpendapat karya Sabri Yunus sememangnya "hidup" dan lain dari yang lain. Tak kurang juga yang memuji Astro Ria kerana telah menayang drama yang dekat dengan masyarakat dan dinanti-nantikan penonton selama ini. Berikut antara reaksi daripada netizen.



"Perghhh padu giler citer ni..harap Sabri Yunus buat panjang episod...Kemah Pakya" - Muhammad Zuhdi.

"Siapa pulak nak makan penampar Paduka Ayahanda Muda Primula malam ni. Penampar dulu bincang kemudian haha" - Alex Tiger.

"Harini pedang aku kenal pokya jah. aarr belago angin weh" - Mahizan Zan

"Drama terbaik, realiti hidup. Bosan dengan drama2 mengenai ahli2 keparat dengan kereta besar2..macamlah di Malaysia ni ramai sangat orang kaya raya. Syabas Pak Ya! - Matty W

"Sabri Yunus, Eman Manan..Wan Hanafi Su..Trio Padu..lejen..bukan sekadar drama. banyak selit nilai murni" - Fakhrul Haikal.

"Cerita macam ni la baru betul gangster Melayu..ini gangster Melayu sembang Cina..manekemauyaa...mantap pok ya"- Babarul J.

"Ini baru cerita rakyat marhaen balik2 sebelum ni cerita anak2 corporate bercinta..naik mual tengok" - Azam Rahman.

"Ini baru namanya drama..bukan macam cerita2 bengong kat tv3 tu" - Aizudin.



Selain itu, drama arahan Sabri Yunus ini dipuji kerana menyelitkan babak tersirat di mana beliau cuba mengajak orang ramai untuk memahami maksud sebenar ‘gedebe’ yang sinonim dengan orang pantai timur itu.

Sabri cuba memberitahu orang ‘gedebe’ sebenarnya bukan kaki gaduh semata-mata sebaliknya individu yang dihormati dan menjadi orang tengah di mana nasihat mereka selalunya akan didengar oleh 2 pihak yang berselisih faham.

Terdahulu, Sabri menjelaskan pembikinan drama rantaian 16 episod berjudul Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti dibuat atas permintaan peminat termasuk stesen penyiar.

Kredit foto : Berita Harian


Jadi kepada sesiapa yang belum menonton Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti, bolehlah pakat tengok dan nilai sendiri karya hebat Sabri Yunus ini.

Semoga Sabri Yunus terus berkarya dan menghasilkan lebih banyak drama atau filem seperti ini yang mana mengetengahkan unsur kehidupan realiti dan sangat dekat dihati rakyat Malaysia. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rocksteady 25-3-2022 01:27 AM
hah dah tayang?? adoi tertinggal bas ni
Quote rocksteady 25-3-2022 01:27 AM
hah dah tayang?? adoi tertinggal bas ni
Quote zehra2 25-3-2022 01:27 AM
tu ler.. tgk citer melayu yg ada subs
pakat samseng belaka
Quote jejai 25-3-2022 06:47 AM
kalau cerita bagus pelakon bagus..tak perlu buat sex scene bangang2 pun orang akan tengok dan viral sendiri
Quote wnwa05 25-3-2022 06:50 AM
best kali ni ada eman manan tapi watak siti rasanya mawar gst dulu lagi best..
Quote balakkampung 25-3-2022 07:36 AM
wahhh ada emang manang...wajib tonton ni..
Quote Belibis 25-3-2022 07:46 AM
Lejen wan hanafi su xde ehhh??
Quote bintangct 25-3-2022 07:49 AM
Belibis replied at 25-3-2022 07:46 AM
Lejen wan hanafi su xde ehhh??

adaaàa mcm biasa
Quote selipar_hijau 25-3-2022 07:59 AM
ulangan bila weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aku terlepas
Quote umie 25-3-2022 08:14 AM
Umah sis xde astro. Kat mana boleh tengok
Quote sudirmanistas 25-3-2022 08:15 AM
bila orang seni yang buat drama/film
Quote kotakbaju 25-3-2022 08:53 AM
Awat tayang kat astro ria aku dah la tak langgan. Kalau tayang kat prima ka ok la dapat gak tengok. Suka aku tengok cita melayu cam ni.
Quote Bholatchomel 25-3-2022 08:58 AM
wnwa05: best kali ni ada eman manan ta ...
mawar dulu bukan bawa watak siti. Mawar dulu bawa watak anak wan hanafi. Cerai ngan issey. Siti tu memang irulah pelakon dia dari dulu
Quote dejure 25-3-2022 09:14 AM
wnwa05 replied at 25-3-2022 06:50 AM
best kali ni ada eman manan tapi watak siti rasanya mawar gst dulu lagi best..

Aku suka yg ada uqasha dgn fikri..comel aje uqasha kecek kelate..dgn mawar tak tengok sangat sbb mawar kot.hahaha
Quote dejure 25-3-2022 09:14 AM
umie replied at 25-3-2022 08:14 AM
Umah sis xde astro. Kat mana boleh tengok

Astro gempak youtube.
Quote matseh 25-3-2022 09:18 AM
yg tak de astro boleh tgk kat youtube
Quote brown_pupil 25-3-2022 09:48 AM
wnwa05 replied at 25-3-2022 06:50 AM
best kali ni ada eman manan tapi watak siti rasanya mawar gst dulu lagi best..

Si mawar tu bini no 2 dia.. ni dia dok cari bini 1st dia yg lari tu..
Quote Nham22 25-3-2022 09:49 AM
Belibis replied at 25-3-2022 07:46 AM
Lejen wan hanafi su xde ehhh??

Ada ja die rambut panjang
Quote doubleharmonic 25-3-2022 10:14 AM
hengatkan ko punya pedang kecik hat bawah tu nak lawan pedang pok ya bagai? nak caras limelight julporn kekdahnyerr

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.135996 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top