Sebut sahaja makanan laut atau seafood, bil yang tinggi pastinya terlintas di fikiran sehingga ada yang menyatakan hidangan itu hanya untuk golongan 'kayangan'.
Selalunya, harga tinggi itu dikaitkan dengan kedai mamak sehingga ada yang menjadikannya sebagai gurauan setiap kali menikmati hidangan. Namun, perkongsian kali ini menyatakan ia berlaku di sebuah restoran makanan laut di Karak, Pahang. Berdasarkan resit yang ditularkan itu, keseluruhan harga adalah RM3,200 dan dipercayai untuk tiga set hidangan.
Difahamkan, harga yang tinggi itu disebabkan king prawn noodle atau mee udang yang berharga RM2,430 bagi sejumlah 16.2 kilogram (kg). Jika dilihat dengan teliti, harga untuk menu kangkung goreng belacan sudah mencecah RM18 setiap hidangan. Maka tidak hairanlah jika hidangan lain turut mahal seperti ikan patin yang berharga RM546 bagi 4.2kg. Menurut pemilik akaun tersebut, dia mengkategorikan perkara itu sebagai satu penipuan berikutan premis dibuka di bandar kecil seperti Karak. Perkongsian itu menyebabkan warganet 'berkampug' di ruangan komen dengan masing-masing meluahkan pendapat tersendiri. Ada yang menyuarakan kehairanan kerana sejumlah 16.2kg hanya dinikmati enam orang sahaja. Namun seorang pelayar menjelaskan bahawa ia berkemungkinan disebabkan udang yang dimasak itu adalah peliharaan restoran berkenaan dan bersaiz besar. "Kalau pergi ke Tanjung Tualang, seekor udang besar yang hidup berharga kira-kira RM180 per kilogram... kalau darabkan dengan 16.2kg? Ini cara saya andaikan bahawa udang tersebut adalah peliharaan yang bersaiz XXL. Bagaimanapun kita tidak mengetahui lebih terperinci kerana tiada gambar untuk dibandingkan," jelasnya. Bagaimanapun, rata-rata netizen menyalahkan individu terbabit kerana dipercayai terus membuat pesanan tanpa bertanyakan harga terlebih dahulu. Sumber: mStar
|
dua_chzy replied at 25-3-2022 12:01 AM
Tapi mahal cekik darah la juga. Chinese tea bodo2 pun 36 hengget? Akak assume meka ambik 1 jug? Stil ...
Tinot7 replied at 25-3-2022 01:14 AM
3 homemade spring roll rega rm108? Saiz apa ni?
ADVERTISEMENT