CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Limited Edition Sangat! Adik Ini Menangis Sebab Tak Nak Balik Dari Sekolah

24-3-2022 06:46 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1274| Komen: 7|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok kiwaktollah


Untuk pengetahuan semua, awal minggu ini bermulanya kembali sesi persekolahan untuk 'tahun ini'. Akhirnya setelah hampir tiga tahun, pelajar dapat merasai aktiviti sekolah secara fizikal setelah lama menghadapi kelas secara atas talian di rumah akibat PKP.

Ketika inilah kita dapat melihat berbagai-bagai ragam dan reaksi pelajar yang baru masuk sekolah terutamanya pelajar darjah satu. Selalunya, kita akan melihat pelajar yang menangis kerana mahu balik ke rumah. Tetapi lain pula kes yang viral dekat TikTok.



Menerusi video itu, kelihatan seorang bapa menjemput anaknya pulang dari sekolah, tetapi ketika mahu masuk ke dalam kereta anaknya menangis kerana enggan mengikut ayahnya pulang ke rumah siap cakap 'taknak kawan' kepada ayahnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pelajar ini. Memang lain dari yang lain. Selalunya akan menangis sebab tidak mahu ke sekolah, tapi lain pula bagi pelajar ini. 

Mungkin sebab dah lama duduk rumah sejak PKP sehingga dia sendiri berasa jemu ataupun adik itu tengah seronok bermain dengan kawan-kawan ketika ayahnya datang menejemput. 

Sumber: Tiktok kiwaktollah


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 24-3-2022 11:51 PM
msti parents bz gila ni sbb tu rasa seronok kat skolah. hihi
Quote Gomea 25-3-2022 12:08 AM
Hahahaha. Comel je.
Quote any42 25-3-2022 01:50 AM
Alalaaa. sronok la tu dklilingi kwn2 bbnding dok rumah agknya bosan xde teman sebaya
Quote makton 25-3-2022 07:50 AM
comel adik ni merajuk peluk tubuh
Quote Eva_yy_Ellin 25-3-2022 09:37 AM
Haha, comel gila budak ni.
Bagus, dik. Rajin-rajin pergi sekolah ya
Quote prettyuglybabe 25-3-2022 11:01 AM
hopefully cikgu boleh tolong check kenapa dia macam tu..
kot kena dera ke kat rumah..
kalau takde unsur-unsur penganiayaan, then ok la..
Quote Artemesiaa 25-3-2022 05:06 PM
Takut mula2 je esok2 bila dah kena marah dengan guru atau gaduh dengan kawan mulanya beralasan sakit perut demam tak nak kesekolah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.059253 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top