CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bila Tanya Terus Menangis" - Apa Budak Ini Buat Seorang Diri Di Jalan Raya Malam-malam?

24-3-2022 06:26 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2105| Komen: 17|Original author: Cinta Erina

Sumber: Bangkok Post


Beberapa hari lepas, dua wanita berdepan detik cemas apabila terjumpa seorang kanak-kanak perempuan sedang berjalan bersendirian di atas jalan raya yang sunyi pada waktu lewat malam.

Menerusi laporan Bangkok Post, kejadian tersebut dipercayai berlaku di daerah Chumphon Buri di Thailand. 



Menurut laporan itu, dua wanita berkenaan sedang melalui jalan tersebut sebelum tiba-tiba ternampak seorang kanak-kanak perempuan berjalan bersendirian di tengah jalan raya yang sunyi dan gelap dan ketika itu juga hujan agak lebat.

Menurut wanita dikenali sebagai Khun Aon itu, pada mulanya dia dan rakannya agak takut membantu kanak-kanak itu kerana risau ia merupakan sindiket penipuan. 

Oleh itu, mereka berdua terus menghubungi pasukan penyelamat untuk mendapatkan bantuan.

Sumber: Bangkok Post

Menerusi video itu, kelihatan kanak-kanak terbabit berlari ke arah kenderaan Khun Aon tetapi mereka perlahan-lahan mengundurkan kenderaan. 

Selepas tibanya pasukan penyelamat, barulah mereka mempunyai keberanian untuk membuka tingkap dan bercakap dengan kanak-kanak itu. 

Namun, keadaan menjadi cemas apabila kanak-kanak itu menangis dan memberitahu bahawa dia tersesat dari rumah neneknya.

Menurut pasukan penyelamat, kanak-kanak itu sebenarnya dalam perjalanan pulang dari sekolah dan ingin ke rumah neneknya. Namun, dia tidak menyangka akan tersesat. 

Neneknya juga berkata dia telah mendapatkan bantuan daripada ketua kampung di kawasan rumahnya selepas cucunya itu tidak pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 24-3-2022 08:15 PM
Ya Allah....
Kalau aku sengsorang, mau aku dah tercirit dlm kereta
Quote Wimoon 24-3-2022 08:48 PM
Nasib baik orang..aku pernah naik kereta dekat chiang mai lalu jln hutan gini lah tiba² ade anjing tak tahu dtg dr mn lari tgh jln.seramm
Quote Adrif 24-3-2022 08:50 PM
Carcosa replied at 24-3-2022 08:15 PM
Ya Allah....
Kalau aku sengsorang, mau aku dah tercirit dlm kereta

kan..
aku cirit-nangis-kencing serentak. macam tekan button screenshot handphone
Quote hareeeesah 24-3-2022 09:27 PM
Kalau iolls dah melolong dah dlm keta.. ko main kejar ² mambang heheh.. aduh cmna la boleh biar budak besar ni jln sorg [em:7:]
Quote epuepy 24-3-2022 09:56 PM
Aku kesian kat budak ni. Mesti takut and nangis2. Dh la gelap, hujan pulak tu. ????
Tapi aku pn takut gak. Takut bkn org. Nasib baik yg tlg ni panggil polis. Selamat adik ni. Imagine kalo xde org tlg sepanjang malam.
Quote doubleharmonic 24-3-2022 11:13 PM
Carcosa replied at 24-3-2022 12:15 PM
Ya Allah....
Kalau aku sengsorang, mau aku dah tercirit dlm kereta

boleh geng dengan belut letrik rumah terbakar tak sempat cuci berak

Quote dua_chzy 24-3-2022 11:35 PM
hareeeesah replied at 24-3-2022 01:27 PM
Kalau iolls dah melolong dah dlm keta.. ko main kejar ² mambang heheh.. aduh cmna la boleh biar bud ...

Kat Amerika maju lagik dasat. Baby kecik 9 bulan terbaring tido tengah jalanraya memalam. Terus CPS ambik semua anak2 mak bangsat tu. Apa buduh punya mak. Samada betul tak sedar anak merangkak keluar rumah atau sheol sengaja letak anak tengah jalan raya untuk dilanggar atau adik beradik baby tu pedajal baby tu letak di jalanraya.

[youtube]1jS1FN5o5sk[/youtube]
Quote Gomea 25-3-2022 12:32 AM
Kesianlah tengok budak tu kejar kereta
Tapi kalau aku pon mesti takut jugak, mai mane malam2 cenggitu. Tengok macam hutan je
Quote Zack8hunter 25-3-2022 12:58 AM
berapa umur bdk tu..nmpk mcm 3-4 thn jer sbb kecik benar..boleh la penjaga dia biar dia jln sensorg sampai tersesat
Quote bakingsoda 25-3-2022 10:45 AM
dah la budak tu pakai baju mogokwakochipyosemmida kan logik je budak acah2 nak memandai keluar sendiri (kalau siang) sbb aku penah buat naik basikal masa mak aku jemur kain. konon nak cari bahagian dapur rumah masuk kut situ, skali dah sampai belakang rumah tak cam mana satu sbb rumah teres semua nampak sama tak pasal2 dapat penyakit tertonggeng dlm longkang dgn basikal sbb kena sakat ngan 3 eko budak remaja jahat. mujur bila dah keluar longkang, aku gi belah depan jumpa balik rumah aku boleh ingat berdebar2 takut sesat tu
Quote SedihPedih 25-3-2022 11:18 AM
kalau i mmg taklaaaaaa berhenti
Quote hareeeesah 25-3-2022 11:23 AM
dua_chzy replied at 24-3-2022 11:35 PM
Kat Amerika maju lagik dasat. Baby kecik 9 bulan terbaring tido tengah jalanraya memalam. Terus CP ...

Hey ni apa ke lg giler.. 9bulan kalo dh xdgr bunyi sore baby tu xmencarik ke? Betul la agaknya nk bagi mati ke kena pedajal.
Nasib la sana strict diangkut seme
Quote dua_chzy 25-3-2022 11:25 AM
hareeeesah replied at 25-3-2022 03:23 AM
Hey ni apa ke lg giler.. 9bulan kalo dh xdgr bunyi sore baby tu xmencarik ke? Betul la agaknya nk  ...

Itulah sedih aiol tengok ya. Syukur nyawa baby tu panjang tak dilenyek kereta.
Quote copy_paste 25-3-2022 11:53 AM
kesiannya, aku x risau pasal hantu ke ape, [paling risau kalau ada binatang buang atau anjing liar,dah la budak tu kecik sgt
Quote sambaldurian 25-3-2022 02:30 PM
Ye betul tu kdg2 nk tlg pun fikir pjg. Mcm org ni x fikir benda dimensi lain, dia dok fikir taktik penjenayah ke. Kn skg ada modus operandi guna kanak2. Sebaik bijak call polis dulu.
Quote bellaa 25-3-2022 02:37 PM
Adrif replied at 24-3-2022 08:50 PM
kan..
aku cirit-nangis-kencing serentak. macam tekan button screenshot handphone

jilake betoi ayat dia
Quote Artemesiaa 25-3-2022 05:09 PM
Nasib orang baik yang jumpa kalau orang jahat silap2 dah kena jual

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.103285 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top