Wani Syaz, 25, tidak meletakkan sasaran mengenai jodoh serta kerjayanya dan menyerahkan pada ketentuan takdir daripada asyik merancang.
Wani atau nama sebenarnya, Nursyazwani Selamat berkata, aturan hidup yang ditetapkan Allah untuknya sudah cantik dan dia hanya perlu terus berusaha, berdoa serta bertawakal kepada-Nya. "Kalau nak cakap mengenai jodoh dan karier ini, prinsipnya mudah iaitu sentiasa positif. Saya pun gembira dengan apa yang diperoleh sekarang kerana cukup selesa. Malah, saya juga tenang menjalani kehidupan harian tanpa perlu memikirkan gosip atau kisah sensasi yang terpalit. Sehingga kini, saya bersyukur masih 'bersih' dan kalis daripada gosip liar atau kontroversi. Saya suka cara hidup sederhana yang begini," katanya kepada Harian Metro.
Wani berkata, dia juga bersyukur kerana masih ada rezeki untuk hadir dengan lagu baharu iaitu lagu duet bersama Wany Hasrita berjudul Sang Purnama.
|
suka2 replied at 24-3-2022 05:46 PM
Aura budak PPI kuat sangat! Najwa latif tu wpun tak lawa tp best je layan semua vc dia kat youtube d ...
ADVERTISEMENT