Kanak-kanak sememangnya memerlukan bimbingan orang dewasa kerana banyak yang mereka perlu belajar dalam kehidupan seperti cara untuk menanam pokok, bermain alatan musik, betutur dengan cara yang betul dan banyak lagi. Menurut HCL, baru-baru ini ada video tular di TikTok memaparkan seorang guru tidak dapat menahan tawanya selepas melihat satu tanaman menggunakan pokok plastik yang diletak oleh anak muridnya bernama Fatin. Difahamkan, anak murid itu sendiri memilih untuk menanam pokok plastik berkenaan dan bukan pokok hidup seperti diminta gurunya. Melihat ruangan komen, netizen kagum dengan pemikiran anak murid itu dan memberikan komen lucu. - CARI |
ADVERTISEMENT