CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syura Dah Maafkan Siti Nordiana Tapi Susah Nak Melupakan

24-3-2022 04:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18211| Komen: 168

Penyanyi, Syura Badron, 35, yang berdepan saman daripada penyanyi, Siti Nordiana sudah memaafkan segala persengketaan di antara dia dan penyanyi itu.

Syura berkata, walaupun hatinya berlapang dada memaafkan sahabat yang dikenali sejak berusia 13 tahun itu, tetapi untuk melupakan segala hal yang terjadi masih sukar.

Foto: IG

"Sebagai manusia siapalah kita untuk tidak memaafkan orang lain. Saya dengan Siti Nordiana bukannya kenal setahun dua. Kami kenal sejak usia saya 13 tahun, manakala dia berusia 15 tahun.

"Sudah lama kami berkawan dari zaman remaja lagi. Jadi, bila kawan-kawan ada buat masalah sudah tentulah memaafkan itu sentiasa ada dalam hati, tapi untuk melupakan itu bagi saya terlalu peribadi," katanya.




Menurut Syura, dia bersama empat lagi rakan yang turut berdepan saman iaitu penyanyi, Lan Solo dan isterinya Nur Sheila; Pegawai Perhubungan Awam FMC Music, Sam Musyadzafar dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad sudah cuba untuk menjernihkan hubungan persahabatan dan cuba untuk berdamai ketika proses mediasi, namun gagal menemui jalan terbaik.

"Nak berbaik perlukan persetujuan kedua-dua belah pihak. Jadi, kami sudah terbuka untuk selesaikan perkara ini. Sebab itulah adanya proses mediasi dan sewaktu sesi itu dijalankan kami sudah luahkan segala-galanya. Namun, nampaknya kami tak dapat kata sepakat daripada kedua-dua belah pihak.



"Apabila tak setuju dan kes masih berjalan jadi kami teruskan saja. Namun, kalau kata sudah memaafkan atau memohon maaf, saya secara peribadi sudah memaafkan segala apa yang terjadi.

"Cuma daripada pihak dia saya tak tahu macam mana. Apapun saya harap peminat dapat mendoakan bukan hanya saya tapi untuk pihak dia juga. Mudah-mudahan kami dapat keputusan yang baik untuk kedua-dua belah pihak," katanya.

Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan itu bermula apabila penyanyi itu memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos lalu.


Dalam saman terbabit, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.


Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Kes saman fitnah membabitkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima individu lain kini bakal didengar di Mahkamah Tinggi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princessmiang 24-3-2022 04:13 PM
Dia mengumpat - dia kena saman - dia yang memaafkan. Aneh bangat si bibir selipar jepun ni
Quote princessmiang 24-3-2022 04:14 PM
X mampu bayar la tu kalau kalah mesti dh kena nasihat dgn loyar ni
Quote SherryZass 24-3-2022 04:15 PM
eh..ehh. Yang mangsa ct nana, dia lak yg memaafkan. aneh2
Quote Lily_Elizabeth_ 24-3-2022 04:15 PM
Mcm kakka and adik bongsu U student. Hehe.
Quote auntyonion 24-3-2022 04:16 PM
Jap jap..kau yg kutuk org secara terbuka lepastu kau yg memaafkan?lawak ke apa ni
Quote idril 24-3-2022 04:16 PM
Edited by idril at 24-3-2022 04:17 PM
princessmiang replied at 24-3-2022 04:13 PM
Dia mengumpat - dia kena saman - dia yang memaafkan. Aneh bangat si bibir selipar jepun ni

memang aneh2... sapa ko nak maafkan? ko tu yg patut mintak maaf...... jenis x sedar diri.......
Quote manehnya 24-3-2022 04:16 PM
eh sapa yg salah ni
Quote codenamedream 24-3-2022 04:18 PM
Dia yang mengumpat dia yang memaafkan...

Ayat pun tak diplomatic.
Patutnya "Saya minta maaf jika ada perbuatan saya yang melukai hati Kak Nana. Saya juga memaafkan kak Nana dan memulakan buku baru dengan Kak Nana. Demi persahabatan yg dah terjalin berpuluh2 tahun ini.
Quote babelina 24-3-2022 04:22 PM
aikkk.. sapa yg bsalah nie.. ayat ko.. x semenggah mcm rancangan masakan ko gak.. huru hara..
Quote esbok 24-3-2022 04:27 PM
Semacam pulak. kita yang tengok senario ni ambik la iktibar. Jangan nampak salah orang, pikir semula apa salah sendiri.

Untuk akak, ada baiknya duduk diam diam. Fikir dan fikir. Kenapa akak kene berfikir.
Quote uori 24-3-2022 04:28 PM
terpaling play victim
Quote anony-mous 24-3-2022 04:30 PM
Aik? Terbalik tajuk ni. Patut nana yg ckp mcm tu. Apahal ko pula? Walaupon apa ko ckp pasal dia tu betul, ko x ada hak nk bincang n burukkan org tu in public live dkt org yg xkenal nana pula tu.
Quote tipah89 24-3-2022 04:32 PM
dia yg gegeh mengutuk berjemaah, tup2 kuar statement maafkan tapi xlupa. ketahian betul perangai
Quote skymania 24-3-2022 04:33 PM
betina syura ni kenapa eh? dasyat play victim die.. bodoh nauzubillah..
Quote kikuri 24-3-2022 04:34 PM
die yang ngumpat die yg maafkan pastu taleh lupakan... perangaiiiii....
Quote princessmiang 24-3-2022 04:42 PM
idril replied at 24-3-2022 04:16 PM
memang aneh2... sapa ko nak maafkan? ko tu yg patut mintak maaf...... jenis x sedar diri.......

Dh tingtong agaknya zuraidah ni hahhahaha
Quote Marylis 24-3-2022 04:43 PM
ehhh... dah kenapa salahkan org yg di umpat... ewww mmg tak boleh buat kwn org camni... bahaya... mmg patut di saman dgn nana
Quote bulalof 24-3-2022 04:43 PM
dah kawin pun masih bengap susu lagi. kesian.......
Quote VirusDetected 24-3-2022 04:49 PM
eh...eh...eh....
dia maafkan???

Lihat semua komen(168)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.054068 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top