CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ibu Bapa Risau Anak Dipulau Kerana Tidak Memakai Barangan Yang Berjenama

24-3-2022 01:01 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1582| Komen: 16|Original author: Agent13k

Setiap ibu bapa yang menghantar anaknya ke sekolah untuk hari pertama, mereka pasti mengharapkan anak mereka akan mendapat kawan baru dalam sesi persekolahan mereka.

kredit foto:GulaPop


Baru-baru ini ada ciapan tular di media sosial Twitter yang membuka satu topik untuk netizen di Twitter mengenai cara untuk menamatkan isu diskriminasi di sekolah yang biasanya dikaitkan anak murid itu tidak mempunyai kawan di sekolah kerana dia tidak memakai barangan yang berjenama.


Difahamkan, ramai netizen risau kerana ia menjadi akan menjadi perkara normal untuk kanak-kanak mencari kawan yang mempunyai jenama kasut ataupun bag yang tinggi dan bukan berkawan kerana mereka mahu berkenalan.


Tambahan pula, mereka juga risau bahawa kanak-kanak sekarang sudah pandai menyebut jenama barangan dan pandai membandingan barangan tersebut. Berikutan itu, netizen mencadangkan kepada ibu bapa untuk tidak perlu beli jenama yang mahal ketika anak mereka masih kecil lagi. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote faraway1 24-3-2022 06:30 PM
Sebab korang sibuk bagitau anak ianya smiggle dan ianya glamer so tahulah budak tu.

My daughter pakai smiggle lunch bag, kat Canada murah aje..

Pada my daughter ianya hanya lunch bag, tak tahu dia apa jenama bag tersebut...
Quote hareeeesah 24-3-2022 06:46 PM
benda ni dh lama la jd bukan skrg je…
Aku ni zaman 80’s, rumah takde astro org kata miskin. Gi skolah bwk bekal kata org susah. Xpakai pensel tekan pun kata xde duit.. mak bapak naik kete lama, miskin la tu.. adeh bila la mentality ni nk hilang???
Quote rahsier 24-3-2022 11:23 PM
hareeeesah replied at 24-3-2022 06:46 PM
benda ni dh lama la jd bukan skrg je…
Aku ni zaman 80’s, rumah takde astro org kata miskin. Gi sk ...

Betul.. time aku dulu sape pakai pensil warna luna 24 batang atau 36 batang tu kira kaya.. dapat pakai yg 12 pendek tu pun dah kira bangga.. dari aku kecik smpi anak dah darjah 1 masih lagi mcm tu..
Quote rahsier 24-3-2022 11:24 PM
Sekolah anak aku majoriti pakai brand S tu.. dari beg smpi la ke lanyard.. aku jd takut anak aku rasa terpinggir.. usaha la belikan jugak brand tu.. tp aku xbgtau pun kat anak aku yg brand tu mahai.. n dia pun elok je berkawan dgn budak yg pakai beg biasa..
Quote Gomea 25-3-2022 12:28 AM
Aku pon rasa ni propa je. Cubaan nak pancing simpati netizen. Kot2 lah ade yang nak bagi sekupang dua. Rakyat malaysia ni kan pemurahhh...
Quote Lagubestbest 25-3-2022 03:35 AM
ntah hape2. rat race tak habes2. dari buka mata sampai tutup mata balik, semua benda nak rat race. lepastu masing2 sakit otak.
Quote awekz_gedik 25-3-2022 07:34 AM
my kids plak mmg x pernah heran pon brand2 ni... dorang mmg tahu brand2 ni tp x pernah nak gebang2 or nak menunjuk2... maybe sbb dibesarkan bukan dlm mesia, so dorang dh terbiasa kot...

tp dlu pon mase sekolah, x pernah plak rasanya men pulau2 ni sbb brg brand... dlu iolss kecik2 family x berkemampuan, apa ade je... elok je kawan keliling...
Quote cik_sssara 25-3-2022 09:47 AM
Dasar kebendaan betul zaman sekarang
Quote bakingsoda 25-3-2022 10:15 AM
kalau awal 2000 mana ada budak kisah jenama bag sekolah, masing2 pentingkan bag tu kartun ape je. kalau aku kena kartun sailor moon jenama penting utk alat tulis. contoh pensil staedler 2b, kaler luna, watercolor buncho. ni faktor lebih kepada sbb lawa gila atas kertas sbb warna terang. kalau sharpener mahal faktor nak pensil tajam elok. mmg ada la melibatkan kembang hidung la hape tapi berkait dgn kualiti barang bukan semata2 jenama. kalau mcm bag mahal ke murah asal jahitan elok tahan lama jugak.
Quote heywana 25-3-2022 01:07 PM
Gomea replied at 25-3-2022 12:28 AM
Aku pon rasa ni propa je. Cubaan nak pancing simpati netizen. Kot2 lah ade yang nak bagi sekupang du ...

At first baca tweet tu pun rasa benda yg sama. Sbb bila tanya anak dia pun tak tahu jenama tu mahai ke tak and diarg kecik lg nak menilai kwn based on material. so iols syak mak budak ni saja nak simpati and trust me. mesti dah byk org bertanya nak sumbangkan beg tu.
Quote Gomea 25-3-2022 01:32 PM
bakingsoda replied at 25-3-2022 10:15 AM
kalau awal 2000 mana ada budak kisah jenama bag sekolah, masing2 pentingkan bag tu kartun ape je. ka ...

Masa zaman aku skolah dulu, anak2 orang kaya pakai sharpener yang boleh putar2 tu, habuk dia pon halus2 je. Yang marhaen2 ni melopong jelah tgk sambil korek pensek pakai pengasah cermin tu

s39-1318p01wl.jpg
Dulu2 benda alah ni tu mahal.
Quote Gomea 25-3-2022 01:33 PM
heywana replied at 25-3-2022 01:07 PM
At first baca tweet tu pun rasa benda yg sama. Sbb bila tanya anak dia pun tak tahu jenama tu maha ...

Kannnnn.... Kat tiktok selalu buat mo macam gini. Hujung2 ayat dia mesti sebut "nanti ibu dah cukup duit kita beli ye."
Quote pittjie 25-3-2022 01:59 PM
dulu aku gi interview .. bos cina yang interview aku tanya bapak aku kerja apa. aku jawab bapak aku pekebun .. keja kampung. dgn sinis nya dia jawab "oh anak orang susah ya". terkejut aku. dah tua bangka pun ada isu ko org miskin aku org kaya. dia tak tahu bapak aku kerja kampung pun pendapatan 5 angka sebulan. tu zaman 20 tahun dulu tu. tapi aku angguk je la bila bos cina tu jawab macam tu. dan ya .. aku tak dpt pun keja tu. mesti dia pilih org2 bandar yang bapak keja engineer kut. eh ... tiber terselit dlm cerita budak2 sekolah ada smiggle pulak hahahha. kat sekolah aku tak de pengalaman cenggitu. masing2 tak reti brand pun. maklum semua budak kg. tapi happy je hidup kanak2 kita org.
Quote bellaa 25-3-2022 02:39 PM
pittjie replied at 25-3-2022 01:59 PM
dulu aku gi interview .. bos cina yang interview aku tanya bapak aku kerja apa. aku jawab bapak aku  ...

tahu tak pe.
org kg jauh lebih kaya yg duk bandar ni.
Quote pittjie 25-3-2022 03:42 PM
bellaa replied at 25-3-2022 02:39 PM
tahu tak pe.
org kg jauh lebih kaya yg duk bandar ni.

Ya dik bel. Orang kg yg pendapatan 5k dibanding org kat bandar bergaji sama ... mmg beza tau taraf kehidupan. arwah bapak iols tak penah gaduh nak dress up kemas2, pakai sepatu kulit, kemeja bergosok licin, kereta besar. bukan tak mampu tapi tak keperluan. hidup sekadar apa yang perlu. sesekali je pakai kemas kalau pegi pejabat2 nak uruskan apa. tak perlu pk bayar sewa rumah, duit minyak kereta & tol, kos baju & kasut cantik2, kos makan tgh hari kat luar. pergi keja tak stress jem. eh mmg best la kerja kampung ni. tp bapak iols mmg sejenis kerja keras laa. tak larat iols nak jadi cam dia.

Quote fofuler 25-3-2022 06:52 PM
awekz_gedik replied at 25-3-2022 07:34 AM
my kids plak mmg x pernah heran pon brand2 ni... dorang mmg tahu brand2 ni tp x pernah nak gebang2 o ...

True, selalunya yang brand conscious ni makpak dulu bukan family orang senang, pastu bila dah ada duit show off dan ajar anak pasal brand ni, kat malaysia selalu ada manusia camni. Ofis2 yang ramai melayu kerap jumpa spesis ni

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.178439 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top