CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fattah Amin Elak Berlakon Adegan Tak Senonoh

24-3-2022 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3482| Komen: 22

Description: Fattah Amin, memaklumkan dia kini sebolehnya ingin mengelakkan berlakon yang membabitkan adegan yang tidak sesuai.
Fattah Amin, memaklumkan dia kini sebolehnya ingin mengelakkan berlakon yang membabitkan adegan yang tidak sesuai.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon filem KL Special Force itu ketika ditemui di Barakah Jumaat sempena pelancaran koleksi telekung Fazura X Muhayya, di Sunway Damansara, baru-baru ini.

Foto: IG

“Semua orang tahu, saya sememangnya kalau boleh mahu mengelakkan berlakon yang membabitkan adegan-adegan yang tidak sesuai.

“Saya pun sudah lama tidak melakonkan adegan seperti itu. Bagaimanapun, saya ada berbincang juga dengan pengarah,” katanya.

Bagi perkembagan terbaharu, Fattah berkongsi dirinya membawa watak antagonis menerusi naskhah Khilaf Asmara yang akan ditayangkan pada April depan.



Jelasnya, sudah sampai masa untuk dirinya mencuba watak yang baharu agar penonton tidak bosan selain ingin keluar daripada watak stereotaip.

“Saya saja nak membawa watak antagonis dalam drama berkenaan. Sudah sampai masanya untuk saya mencuba sesuatu yang baharu supaya penonton tidak bosan.

“Kadang kala mereka juga ada berkata ‘Ala, Fattah ini selalu membawa watak yang sama sahaja. stereotaip dan cliché,” tuturnya lagi.




Sekadar informasi, isterinya yang juga pelakon, Fazura baru sahaja melancarkan koleksi telekung ‘Fazura X Muhayya’ yang berkolaborasi bersama Datuk Prof. Dr. Muhayya, pada Jumaat lepas.

Koleksi Rindu Ramadan boleh dimiliki mulai 25 Mac sementara bagi yang berminat dengan Sayang Syawal, ia mula dijual mulai 8 April depan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 24-3-2022 12:38 PM
elok bamtah.. wat malu company jer...
Quote Kancilkering 24-3-2022 12:44 PM
dlu masa dia ada fc….bukan ke kena monitor….
kira ok la fattah….jg nama baik parents….n family
Quote Fly_over 24-3-2022 01:23 PM
ingatkan dia komen pasal julripin
Quote BoongaKertas 24-3-2022 01:38 PM
bagus lah chuols diktah. tak sior teman nak tgk retis melayu gigih nak buat soft porn scene on tvscreen. segan meols.
Quote beta_carotene 24-3-2022 02:28 PM
untungnya kakafaz sorg je dpt tgk bamtah dlm keadaan tak senonoh
Quote Mawar91 24-3-2022 03:45 PM
Dulu bukan ade ke video yg acah2 kiss Ngan Janna Nick tu untuk drama coffie Prince versi Malaysia ?
Quote CurangLagi 24-3-2022 10:09 PM
Mawar91 replied at 24-3-2022 07:45 AM
Dulu bukan ade ke video yg acah2 kiss Ngan Janna Nick tu untuk drama coffie Prince versi Malaysia ?

Haha.. Ada.. Tapi bukan fattah yg post.. FM post. Makian hamun terus mikalang masa tu.. Hahahahhaa
Quote auntyonion 24-3-2022 10:16 PM
Baguslah cmtu..lagipun dia berlakon watak jahat or baran lg best..kalau berlakon sweet2 heroinnya faz boleh la..halal
Quote likecandy 24-3-2022 10:20 PM
bagus lah bamtah, elok lah cuba watak yg berlainan
Quote jijioaynna 24-3-2022 10:27 PM
I agree... Nak tgk more of bamtah yg x cliche.. as antagonist yg lari dr sisi sebenar seorang FA. one of heroes yg xde kontroversi melampau atau isu xbermoral. Keep going!
Quote kektepungpelita 24-3-2022 10:35 PM
Rasa2 Fazura pernah didokong tak oleh Fattah Macam ala2 cerita zul ripin
Quote Kancilkering 24-3-2022 10:36 PM
Mawar91 replied at 24-3-2022 03:45 PM
Dulu bukan ade ke video yg acah2 kiss Ngan Janna Nick tu untuk drama coffie Prince versi Malaysia ?

dia dpt sparing macam janna nick gatal gatal tu x dek chemistry langsung …cringe gle tgk….

fattah either antagonist or comedy memang menjadik….
Quote cicicumel 24-3-2022 10:48 PM
Apa je drama/film he yg memorable? Mcm xde je.
Quote kitmal 24-3-2022 10:53 PM
baik tak berlakon terus..............masih lagi kayu kayan walau sudah lama
Quote Kancilkering 24-3-2022 11:30 PM
cicicumel replied at 24-3-2022 10:48 PM
Apa je drama/film he yg memorable? Mcm xde je.

dgn hajjah billy tu x memorable ke?
Quote cintasuraya 24-3-2022 11:36 PM
kitmal replied at 24-3-2022 10:53 PM
baik tak berlakon terus..............masih lagi kayu kayan walau sudah lama

ni misti komen tp tak tengok pun lakonan FA skrg

dia makin lama makin improve

dpt penghargaan juga hari tu

dan juga pernah tersenarai  top 5 FFM pelakon filem harapan


tp ko masih stuck dgn kayu dizaman batu

nanti puasa ni boleh tengok dia di tv3

lepas tu judge la ya


Quote bedahmenjuyah 24-3-2022 11:38 PM
cicicumel replied at 24-3-2022 10:48 PM
Apa je drama/film he yg memorable? Mcm xde je.

Dr aspek karya mmg takde rasanya. Yg hit dgn jah tu more pd hype depa as couple off screen.
Quote MistrezHermanaz 24-3-2022 11:39 PM
Walaubagaimana pun lontaran suara dia fail.. Fattah kene dalami lagi ilmu lakonan
Quote Suke-dono 24-3-2022 11:44 PM
Pelakon malaysia ni ingat jd antogonis tu dah kira kelainan abis lah kot...

Lagi satu, semua thread 2,3 hari ni dok cerita pelakon kena bincang dulu dgn pengarah utk elakkan scene2 tak senonoh.... tp pengarah tak pernah pulak disalahkan...kira maksum eh pengarah kat malaysia ni?

Kalau kau suruh org pg rompak, pastu kantoi...dan polis tahu kau adalah dalang...boleh ke kau kata "dia patutnya bebincang dgn saya dahulu dan boleh menolaknya jika dia rasa tindakan merompak itu satu jenayah"?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.173762 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top