CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nelydia Senrose Takut Hati Berubah Buka Tudung Semula

24-3-2022 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11222| Komen: 62

"Budak yang belajar berenang pun tidak dicampak ke bahagian dalam takut lemas."

Itu analogi Nelydia Senrose yang tampil berhijab sekembalinya daripada mengerjakan umrah, Disember tahun lalu, ketika berkongsi perubahan yang dialami terutama dalam terus istiqamah.


Nelydia mengaku tidak berani mengulas berlebihan mengenai penampilan baharunya itu kerana menganggap dirinya masih dalam proses pembelajaran.

Foto: IG

"Saya mahu jalani proses penghijrahan ini selangkah demi selangkah tetapi pasti... Saya memang ke arah itu. Saya cuma tidak berani cakap lebih.

"Saya tidak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus Z. Budak belajar berenang pun tidak dicampak terus ke tempat dalam... Bimbang lemas.



"Sama juga seperti saya yang masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan agama Islam.

"Kebetulan kita hendak sambut Ramadan, ini salah satu cara untuk menghormati bulan itu," katanya kepada BH Online.



Nelydia yang juga adik kepada Uqasha Senrose berkata, dia mahu menjadi muslimah yang lebih baik.

"Sekembali dari umrah, saya perlahan-lahan bertudung. Dapat berkunjung ke Arab Saudi, dikira lokasi itu sesuai untuk kita berhijab.

"Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit... Aturan itu sangat cantik," katanya yang menikahi ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.



Menemuramah Nelydia pada sesi promosi drama Khilaf Asmara yang dibintanginya untuk siaran TV3, Nelydia atau nama sebenar, Nik Zaris Nelydia Nik Sen mengaku diburu bimbang andai hati berbolak-balik.

"Saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.

"Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila-bila masa boleh tersasar.

"Hari ini okay, esok, jadi lain. Namun, saya tidak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah. Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat," katanya.



Pelakon filem Jebat itu juga sudah bersedia andai penampilan lamanya iaitu tidak berhijab dalam drama Khilaf Asmara diperkatakan peminat.

"Penggambaran dibuat tahun lalu dan drama ini disiarkan bulan depan. Saya tak kisah jika ada yang mengadili imej dalam drama itu dengan penampilan sekarang.

"Tidak semua orang faham apa yang dilalui kerana mereka (netizen) tidak berada di tempat kita.

"Namun, saya percaya dan berharap mereka tahu proses untuk terus istiqamah mengambil masa selain berdepan cabaran dan ujian. Saya harap peminat terus beri sokongan," katanya.



Nelydia, 27, juga tidak gentar keputusan bertudung menjejaskan karier seninya. Malah, akuinya, beberapa projek telefilem bakal dijayakannya.

"Saya percaya Tuhan itu pemegang rezeki kita. Saya tak gentar dan takut. Setiap daripada kita ada ujian masing-masing.




"Boleh jadi kalau Tuhan sekat rezeki kita, itu adalah sesuatu yang baik. Demikian juga jika beroleh rezeki, ia mungkin boleh memudaratkan kita.

"Saya percaya apa yang berlaku, contohnya, tiada rezeki berlakon itu bermakna Tuhan melindungi kita untuk sesuatu yang lebih baik," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mendeluk 24-3-2022 12:02 PM
Nely ini ada anxiety isu ke? Everytime kalau tengok dia kena interview mesti takut2. Lepastu paling diam.
Quote imanjannah 24-3-2022 12:20 PM
subhanaAllah.. cantiknya ciptaan Allah
Quote kotakominami 24-3-2022 12:23 PM
Minat sgt dia dari zaman spaQ dulu....dia cantik yang effortless...nak istiqomah pakai tudung dia kena lah pilih kawan dr circle yang elok2.
Quote ira_229 24-3-2022 12:29 PM
masa shooting model tudung minaz nampak mcm dah berisi mcm dah preggy nelly kalau betul alhamdulillah..!
Quote dejure 24-3-2022 12:35 PM
Jawapan selamat..nnt kalau buka tudung atau on off pakai mcm erin malik tu takdelah kena kecam sangat.
Quote umbut 24-3-2022 12:47 PM
Ok lah.. Pki je cam biasa cam mira tu.. X yah over sangat cam yatt sejadah ataupun izara / jahlop
Quote Beribear 24-3-2022 12:53 PM
Dua org sepupu dia octovia dgn aprena tu ok je bertudung. Takde pon bg apa2 alasan. Paling kelakar alasan hormat bulan ramadhan
Quote akies 24-3-2022 01:12 PM
Suka dia. Dia cantik manis
Quote deebiz14 24-3-2022 01:19 PM
Belajar dari apa yg terjadik kat akaknyer kot...
So ok la kalau nak berlapik dulu. Harap tak tersasar gak.

Semoga istiqomah.
Quote rain2169 24-3-2022 01:22 PM
sangat cantiikkkk.....
Quote TomyamPuteh 24-3-2022 01:24 PM
Aku x suka dua beradik senrose ni. Aku suka dua beradik manrose tu. Lagi2 si Aprina.
Quote Carcosa 24-3-2022 01:49 PM
Dia ni depan2 mmg ayu lembut je muka dia. Walaupun tanpa makeup. Meols breakfast sebelah table dgn dia, laki dia, dgn sapa tu, yg kurus2 kawin kerabat tu, Ain ke Min ke apatah. Aku tak tau nama. Berempat nampak classy lah. Kami dekat Four Seasons LGK masa tu
Husband dia ni, suka kacau2 anak meols. Nampak sweet husband nya, and nmpk penyayang ke budak.
Si Nely ni takde berinteraksi kat anak meols, haha. Tapi mesti dia orgnya kelakar, sbb husband dia asyik gelakkkk je dengar dia berckp
Quote DragonSari 24-3-2022 01:52 PM
Lawa.. Pkai tdg sederhana je la. X perlu nk over2. Slow2 perubahan tu
Quote hazira_gomez 24-3-2022 02:01 PM
cantiknya nely.. semoga terus istiqomah.. so yg free hair uqasha dengan raysha je la??
Quote Shanne16 24-3-2022 03:20 PM
Carcosa replied at 24-3-2022 01:49 PM
Dia ni depan2 mmg ayu lembut je muka dia. Walaupun tanpa makeup. Meols breakfast sebelah table dgn d ...

syamim kot..hehe
Quote lattehazelnut 24-3-2022 03:37 PM
Tp mmg betul pun.. bukan terus lompat a ke z..
Ramai bertudung terus budget mcm ustazah..
Last2 terbang gak tudung..
Quote Carcosa 24-3-2022 03:39 PM
Shanne16 replied at 24-3-2022 03:20 PM
syamim kot..hehe

Haaaa yes yes.
Apa ke sampai ke Ain, meols nihhh huh! Hahahha.
Nampak lah diorang berpasangan loving2 gitu and classy ladies lah. Borak2 pun sopan je.
Quote mendeluk 24-3-2022 03:45 PM
Carcosa replied at 24-3-2022 01:49 PM
Dia ni depan2 mmg ayu lembut je muka dia. Walaupun tanpa makeup. Meols breakfast sebelah table dgn d ...

Kekadang partner kita dapat ini cerminan diri kita kan. Tengok husband nely ini matang, patut nely ini matang lebih dari usia dia sendiri.

Iols pun suka tengok circle2 nely mcm syamim itu, tak over. Decent and tau limit walau tak bertudung. Kalau social pun, social maybe yg jenis ada class, bukan mcm doza dgn juling.
Quote mendeluk 24-3-2022 03:47 PM
umbut replied at 24-3-2022 12:47 PM
Ok lah.. Pki je cam biasa cam mira tu.. X yah over sangat cam yatt sejadah ataupun izara / jahlop :s ...

Izara itu over lah pakaian dia semua macam berantai rantai sampai ke lantai. Iols think kalau dia pakai minimalis simple2 lagi terselah aura dia.  

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.144213 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top