Walaupun dihentam kiri kanan depan belakang gara-gara video adegan seksual baru-baru ini namun Zul Ariffin tetap tenang menjalani kehidupan hariannya seperti biasa. Menurut sumber, Zul dalam keadaan baik dan masih menjalani penggambaran mengikut jadual yang ditetapkan. “Keadaan dia biasa sahaja, okey. Dia pun selamba, tak ada apa-apa. “Tak adalah nak kata terkesan. Bagi saya, mungkin dia sudah banyak kali kena bash. “Setakat ini dia nampak okey, tak ada apa pun,” katanya kepada Utusan Malaysia.
|
ADVERTISEMENT