CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wanna Ali Tak Suka Ibu Ada Di Set Penggambaran Ketika Beraksi

24-3-2022 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2195| Komen: 5

"Bukanlah semua naskhah yang Mama terbitkan, saya berlakon.. Ada beberapa filem sahaja."

Itu reaksi pelakon dan penyanyi, Wanna Ali, 24, tatkala ditanya mengenai dirinya yang sering dilihat membintangi naskhah terbitan produksi Pencil Pictures milik ibunya, Datuk Ayu Puteh.



Foto: IG

Wanna atau nama sebenar, Nor Syazwana Mohd Ali menjelaskan dia hanya terbabit dalam beberapa filem terbitan Pencil Pictures dan tidak pernah membintangi drama syarikat produksi ibunya.

"Untuk produksi ibu saya, watak utama pertama saya dapat adalah menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa. Selain itu, saya hanya menjayakan beberapa filem seperti Tokan, Aku Ada Kau Ada dan Autumn In Wales.


"Untuk drama, saya tidak pernah bekerja dengan Pencil Pictures. Drama lakonan saya tiada langsung bersama Pencil Pictures.

"Saya hanya ambil 'job' yang memberi lebih pendedahan, bayaran dan sebagainya," katanya kepada BH Online.



Bagaimanapun, Wanna mengaku merancang membawakan sesetengah karakter dalam drama terbitan Pencil Pictures.

"Mama selalu ada idea di mana saya boleh bawa watak tertentu. Tetapi sehingga hari ini, saya belum lagi menjayakan watak utama dalam drama terbitan Mama," katanya.

Tambah Wanna, biarpun menjadi anak penerbit drama dan filem, dia tidak tertekan dalam menghidupkan watak diberi.



"Saya tidak tertekan kerana Mama tahu batasan di set penggambaran. Mama tahu apa yang saya mahu. Saya tak suka Mama ada di set penggambaran jika saya sedang beraksi.

"Jadi, Mama tidak akan berada di set. Saya tak boleh fokus kalau Mama ada di set penggambaran," katanya pada majlis pratonton filem terbaharu lakonannya, Autumn In Wales terbitan Pencil Pictures.



Berkongsi mengenai pembikinan filem Autumn In Wales, Wanna berkata, filem itu menjalani penggambaran di Wales, United Kingdom (UK) serentak dengan filem Ada Apa Dengan Dosa.

"Saya mengaku agak susah membawakan dua watak serentak. Apatah lagi watak saya menerusi Ada Apa Dengan Dosa, sangat berat disebabkan saya banyak menangis.

"Memang watak Aurora dalam Ada Apa Dengan Dosa dan Marrisa di dalam Autumn In Wales, sangat berbeza. Mujur watak Marrisa banyak persamaan dengan diri saya. Jadi, saya boleh bawa watak bersahaja.



"Alhamdulillah, dalam pada sukar untuk saya bertukar-tukar karakter, semuanya baik," katanya.

Selain Wanna, filem Autumn In Wales terbitan Pencil Pictures and Records ini menampilkan Jaa Suzuran, Eyka Farhana, Keith Foo, Amyza Adnan, Joey Daud dan Fara Mendoza.

Autumn In Wales arahan Rahila Ali ditayangkan di Astro First mulai lusa. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote elzy 24-3-2022 11:26 AM
Indirectly dia nak beritahu siapa ibu dia..
Quote Lagubestbest 28-3-2022 02:01 AM
dia ni.. kejap nampak cantik kejap tak.. muka dia mcm berubah2 ke ape..
Quote Perawankota 28-3-2022 02:23 AM
Dia ni Agak2 repair muka x? Kalau tgk adik beradik dia semua muka biasa2 sgt
Quote orglama 28-3-2022 10:47 AM
Tak kenal pun anak & mak
Quote awenda507 28-3-2022 01:59 PM
baru 24 umur dia? muda lg rupenye

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.027360 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top