Imran Bard iaitu YouTuber dan TikToker popular sekali lagi membuatkan ramai peminatnya terkesima dengan penampilan simple dengan auranya seperti seorang model. Untuk pengetahuan semua, Imran Bard pernah menjadi model 'catwalk' untuk pertunjukkan fesyen Hatta Dolmat sebelum ini. Imran telah memuat naik update terbarunya di akaun Instagram miliknya. Menerusi posting tersebut, kelihatan influencer media sosial menghadiri pertunjukan fesyen Cheetah Malaysia dengan berpakaian sangat ringkas iaitu kemeja hijau muda yang dipadankan dengan seluar slack hitam. Gambar OOTD yang dimuat naik di Instagram milik Imran itu di ambil oleh rakannya iaitu Azfar Heri yang juga merupakan selebriti media sosial. Imran juga turut mengambil peluang untuk mengambil gambar dengan beberapa influencer sosial media iaitu Cupcake Aisyah dan Leona iaitu anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman. Meninjau ke ruangan komen, netizen nampaknya amat menyukai cara penampilan Imran yang sangat ringkas dan bersahaja. Ada juga yang mengatakan gaya pemakaian Imran seakan-seakan Taehyung dari kumpulan K-pop BTS. -CARI |
DayangKirana replied at 24-3-2022 01:28 PM
adoi....bestiieeee!!! makin mendonia ko nyahhhh!!
_kelly: who are yous budak tiktok muka ...
swateng1 replied at 24-3-2022 11:43 AM
aku nak santau sapa yang cakap mcm taehyung tu.. tahi betholll
rahsier replied at 25-3-2022 11:56 PM
Dia ni sape????
ADVERTISEMENT