CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saharul Ridzwan Tak Nak Judge Kesilapan Artis Lain, Dulu Pun Bukan Baik Sangat

24-3-2022 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2258| Komen: 14

Perubahan diri yang kini aktif menyebarkan dakwah bukan tiket Saharul Ridzuan menilai kesilapan orang lain terutamanya rakan artis.

Saharul, 33, berkata, dia juga bukanlah orang yang baik namun bersyukur tidak pernah melakukan babak keterlaluan sepanjang 10 tahun bergelar pelakon.


Foto: IG

"Apabila kita sudah berubah, ada masa terdetik dalam hati untuk menghakimi orang lain apabila melihat seseorang itu buat salah.

"Tetapi melihat kembali drama yang pernah saya lakonkan sebelum ini ia bagaikan satu peringatan bahawa dahulu juga saya bukanlah seorang yang baik.


"Saya juga bersyukur kerana dalam tempoh berlakon dahulu tidak pernah ada babak keterlaluan, cuma ada sedikit berpegangan tangan dengan wanita.

"Allah masih menjaga aib saya. Namun takut juga secara tiba-tiba Allah buka semua kisah yang boleh menjatuhkan aib," katanya kepada mStar.


Saharul yang kini telah berubah dan lebih mendekati agama juga tidak mahu terus berhenti dari dunia lakonan.

Sebagai anak seni yang cuba menyampaikan dakwah dan kebaikan, Saharul berpendapat tidak ada masalah untuk terus aktif dalam dunia seni.

"Saya sudah lama dalam industri ini. Jadi kalau tidak berlakon akan terbit rasa rindu.

"Berlakon tidak semestinya perlu adegan cinta sahaja. Saya masih terbuka menerima tawaran tetapi haruslah yang sesuai,"jelasnya.



Pelakon drama Hati Perempuan ini ditemui ketika majlis pelancaran restoran miliknya yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada Rabu.

Restoran yang diberi nama Human Gang itu merupakan usahasama Saharul bersama Nabil Ahmad dan dua lagi rakan kongsi.



Sebagai sebuah restoran yang menyajikan hidangan barat dengan citarasa tempatan, Saharul dan Nabil amat menitik beratkan setiap juadah yang tersenarai dalam menu.

"Sebelum membuka restoran ini kami ada panggil beberapa orang cef untuk bekerja. Jika masakan itu rasanya sama seperti kebanyakan restoran dan hotel kami akan tolak.


"Kami berjumpa dengan seorang cef yang betul-betul boleh menepati citarasa kami. Maklumlah kami empat orang punya selera yang berbeza" ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bahagiaselalu 24-3-2022 12:21 PM
Edited by bahagiaselalu at 24-3-2022 12:43 PM

takpelah, awk dah jadi setat dah skrg ni.. awk just kena nasihatkan baik2 kat abam jui tu tau..kawan seindustri...  mana tahu selepas ni jul tak buat mcm tu dah such as dapat kurangkan aktiviti memeluk,dipeluk, mendukung, disapu cream vanilla & sewaktu dengannya
Quote winky1 24-3-2022 12:41 PM
Jgn jadi mcm Nabillah kata iblis iblis ..
Quote umbut 24-3-2022 12:44 PM
Baguslah... Ni baru pki tudung kopiah terus acah2 terpalinggggggggg holier semua benda nak judge
Quote samshik 24-3-2022 03:58 PM
Bagusla.. Dok diam2.. Kang orang sungkit ko pulak...
Quote cashewnut 24-3-2022 11:02 PM
Duk dendiam boleh tak setat ? Perubahan yang dendiam je tak crita kat orang. Umur muda lagi tu
Quote cicicumel 24-3-2022 11:21 PM
Cantik plak kurta sepasang dia pakai tu. Seluar senteng nmpk buku lali ikut sunnah. Cuma klu pemakai nya kaki berkerak berparut berbulu lebat agak turn off la kan hahaha
Quote cintasuraya 24-3-2022 11:37 PM
better diam la

Quote noor90 25-3-2022 12:21 AM
nampak kepam
Quote hyie 25-3-2022 12:50 AM
rasanya sebelum ni heshe sadokan badan untuk satu filem atau drama ala Paskal. Cuma heshe tak bagitau secara detail. Macam dah cancel je atau dah habis shoot.
Quote honeybee1802 25-3-2022 12:57 AM
Naper kalo kekonon berhijrah kena pakai kurta ala paki?
Quote anony-mous 25-3-2022 12:58 AM
noor90 replied at 25-3-2022 12:21 AM
nampak kepam

I pon nk ckp benda yg sama. Kenapa makin kepam? Ustaz Don kemas je
Quote SpyLeman 25-3-2022 12:59 AM
Ok laa...awak kekal low profile mcm ni. Jgn byk sgt mencapub mcm piyu bini Jah tu. mentang2 dah jadi pensyarah kanan kiri, dipanggil jadi speaker oleh kementerian wanita, makin berdegar2 beliyau sembang psl rumahtangga, beras sapa beli la, bini tak masak la...mmg sohai 2.0
Quote ariellin 25-3-2022 05:18 AM
Dia ni nampak fake dn dibuat2 acah2 sok suci
Quote JalaEmas 25-3-2022 07:01 AM
Retis ni mmg tak reti eh naknjawab NO KOMEN je bile reputs suruh komen papep isu yg camni?..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.044789 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top